confinement-lady-perlu-ke1

Alhamdulillah, saya baru sahaja sebulan menjalani proses berpantang untuk anak ketiga kami, Eisyanoor Radhwa Binti Noor Khamirul Azwan.  Untuk berpantang kali ni, saya telah menggunakan khidmat Confinement Lady kerana saya nak berpantang di KL bersama suami dan anak-anak. Ramai yang bertanya tentang pengalaman dijaga oleh Confinement Lady, best ke? Mahal ke? Dia buat keje apa? Dia tinggal sekali ke berulang setiap hari? Puas hati tak?

 

Perlu ke Confinement Lady ni sebenarnya? Entry kali ni saya nak share pasal pengalaman saya dan menjawab semua soalan-soalan anda. Saya buat 3 parts, sebab banyak yang nak saya cerita. Stay tune ye. Mula-mula saya nak cerita kenapa saya terfikir nak guna Confinement Lady kali ni, berpantang anak pertama dan kedua mak saya yang jaga di Terengganu. Kalau anda punya sebab-sebab seperti saya macam kat bawah ni, saya sangat mencadangkan anda untuk ambil khidmat Confinement Lady.

 

Firstly, saya ni jenis tak boleh duduk jauh dari suami, nanti ada je saya cari pasal. Suami pun tension nanti kejap-kejap saya call cari pasal. Haha. Memang sejak kawin, kami cuma duduk berjauhan lama masa saya berpantang anak pertaman dan kedua. Itu pun setiap minggu suami akan balik ke Terengganu untuk jenguk saya dan anak-anak. So husband pun bagi green light je bila saya cakap kat dia nak upah Confinement Lady.

 

Pastu, saya niat tak nak menyusahkan mak saya di kampung. Ye lah, memang mak akan happy sebab boleh main dengan cucu baru, tapi mengenangkan Elea dan Eidlan pun tengah aktif, saya rasa agak membebankan untuk mak saya jaga diorang dan saya yang sedang berpantang. Mak saya pula jenis yang akan solat berjemaah di masjid 5 waktu setiap hari, belum masuk aktiviti-aktiviti masjid yang mak join. Ditambah lagi mak bakal menerima 3 orang cucu pada tempoh yang sama. Saya, adik perempuan saya dan adik ipar saya akan melahirkan baby masing-masing pada bulan September, Oktober dan November 2016, hah subur tak family kitorang? Haha. S0 saya tak nak mak stuck jaga saya berpantang kat rumah dan tak boleh jaga cucu-cucu baru yang lain.

 

Bagi saya berpantang di rumah saya sendiri lebih selesa, lebih-lebih lagi rumah saya di KL adalah rumah apartment, kecik je dan tak perlu naik turun tangga.  3 langkah dah sampai dapur, 3 langkah dah sampai bilik. Berbanding rumah emak saya di kampung yang besar  2 tingkat. Nak turun naik tangga tu yang malas lagi-lagi saya bersalin secara c-sec.

 

Ketika berpantang di KL, anak-anak saya boleh ke Taska seperti biasa dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. Alang-alang dah bayar kan, cuti sebulan lebih pun still yuran kena bayar macam biasa, so biarlah saya berehat bersama baby dan dijaga oleh Confinement Lady je di rumah saje.

 

Bila saya dapat tahu saya pregnant, masa tu bulan Februari 2016, saya baru balik dari melancong ke Jepun. Masa kat Jepun tu selamba je main roller coaster kat Disneyland Tokyo.  Kat Jepun tu dah la berjalan kaki dan naik tren je pergi man-mana, memang seharian la berjalan dan memang penat. Bila tau pregnant sebab period tak datang-datang, terus rasa bersalah kat baby. Alhamdulillah semuanya OK, baby kuat. Masa tu saya teringat kawan saya Nadiah Suhaidi dan Melissa Rafur pernah post kat FB yang diorang guna khidmat Confinement Lady masa diorang berpantang. Terus saya whatsapp diorang dan tanya tentang Confinement Lady diorang, ok tak, scope kerja, harga, puas hati tak, dan contact number.

 

11 Mac 2016, saya whatsapp Confinement Lady saya, bagitau dia yang kawan saya Melissa bagi nombor dia pada saya. Saya tanya dia free tak untuk jaga saya selama 2 minggu pada awal bulan Oktober 2016. Alhamdulillah dia cakap jadual dia masih free, tapi dia minta saya confirmkan balik dengan dia pada bulan September. Saya tanya samaada perlu bagi deposit dulu atau tak, katanya tak perlu.

confinement-lady-perlu-ke-2-jpg

Pernah juga saya baca perkongsian kawan-kawan yang tidak berpuas hati dengan khidmat Confinement Lady, worse case siap ada pernah kena tipu duit dan barang-barabg di rumah hilang. Takut juga, sebab tu saya cuma nak consider Confinement Lady yang di-recommend oleh kawan-kawan saya saja. Jika anda juga berniat untuk menggunakan khidmat Confinement Lady, berikut antara langkah-langkah yang mungkin boleh jadi panduan untuk anda.

 

  • Buat sedikit survey dulu, kalau ada kawan-kawan sendiri yang pernah guna khidmatnya lagi bagus, so kita boleh tanya dalam-dalam.
  • Contact Confinement Lady tu awal-awal, seawal 3 bulan kandungan pun OK. Tanyakan harga, apa skop kerjanya dan dia free tak masa kita dijangka berpantang tu. Macam saya, saya nak dia jaga saya selama 2 minggu sahaja dan nak dia tidur di rumah saya.
  • Kalau dah berkenan di hati, boleh booking dia cepat-cepat, booking awal pun tak apa. Ada sesetengah Confinement Lady akan minta bayaran deposit dulu untuk lock tarikh. Kalau dia minta deposit, pastikan anda minta resit dan hanya buat bayaran jika benar-benar boleh percaya, maksud saya dengan recomendation kawan-kawan rapat yang pernah menggunakan khidmatnya. Macam saya, saya booking 7 bulan awal sebab saya tau susah juga nak cari Confinement Lady yang OK.

 

Saya harap tips ini membantu untuk anda yang merancang untuk hire Confinement Lady. Sekarang ni memang dah banyak khidmat confinement care yang dikomersialkan, siap ada pakej-pakej tertentu ikut keperluan kita. Mereka biasanya ada sijil dan memang mengambil kursus khas dalam penjagaan ibu berpantang. Jika nak hire Confinement Lady yang persendirian macam saya, rujukan kita biasanya hanyalah dari kawan-kawan. Next entry saya cerita lagi tentang pengalaman saya dengan Confinement Lady yang saya hired ketika berpantang Eisya sebulan lepas. Namanya Kak Anda. Stay tune!

Untuk info lanjut atau pesanan produk Shaklee:

 Sms / Whatsapp : 017-423 8980
Pm di fb : Jacky Bass (SID 889149)
Pengedar Shaklee Di Gong Badak, Unisza, UMT, Kuala Terengganu & Kuala Berang, Terengganu.

Related Post