HI SEMUA!

Ok seperti yang telah dijanjikan, hari ni saya nak sambung pula cerita cuti-cuti kami di Gambang Safari Park, Bukit Gambang Resort, Pahang. Last entry saya dah cerita pasal itinerary, budget dan review hotel Arabian Resort City kan. Dah baca dah? Kalau belum boleh KLIK JE SINI.

 

Ok, jam 10.30 a.m. kami sekeluarga terus je naik tram yang disediakan setiap 15 minit dari lobby hotel menuju ke pintu masuk Gambang Safari Park & Waterpark. Tram ni free je, kalau tak nak naik tram, boleh juga bawa kereta dan parking kat sana. Pintu masuk Gambang Safari Park dan Waterpark ni berada di tempat yang sama je, cuma beza 1 level saja. Sebab kitorang memang plan nak masuk safari dulu, so kitorang terus beli tiket kat pintu masuk safari, tak ada orang pun masa tu, lengang jer. Saya terus beli tiket kombo Safari + Waterpark untuk saya, suami dan anak sulung saya, Eleanoor. Eidlan dan Eisya free jer. Kalau kanak-kanak ketinggian kurang 90cm memang boleh masuk free. Eidlan lebih sket je, so adik kaunter tu lepas je la. Harga tiket masuk Safari Park macam kat bawah ni, RM68 untuk dewasa, RM48 untuk kanak-kanak/OKU/warga emas. Untung beli tiket kombo Safari + Waterpark je terus, sebab just add RM10 je, RM78 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak. So untuk kami 3 beranak total harga tiket jadi RM214. Bayaran boleh dibuat menggunakan cash atau kd kredit/debit.

cof

Yang ni ditampal di kaunter pembelian tiket.

 

Yang beli tiket akan dapat wrist band, Eidlan dia chop jer kat tangan, chop bentuk kepala singa, excited anak teruna saya tu :). Wrist band untuk Waterpark pula kami redeem keesokan harinya sebab kalau dah redeem hari ni, esok dah tak boleh masuk dah. Just simpan resit bukti pembelian tiket kombo tu baik-baik. Waktu nak redeem, tunjuk je resit tu. Semasa pembelian tiket masuk, jadual show dan passport turut diberikan pada kita. Jadual show tu boleh la kita gunakan untuk aturkan perjalanan dalam Safari nanti, bila dah dekat time show, boleh beransur pergi ke arena yang terlibat. Passport tu pula untuk kita dapatkan chop dari staff yang menjaga setiap kawasan. Kalau passport kita full, nanti boleh redeem hadiah.

cof

Tangan Eisya tak nampak šŸ™‚

 

Basically, Bukit Gambang Safari Park ni terdiri daripaada beberapa kawasan iaitu Simba Hill, Night Jungle, Foreign Village, Forest Land dan Land of Predators. Kawasan yang berkeluasan 138 ekar hutan sekunder ini merupakan taman safari terbesar di Malaysia. Gambang Safari Park ini dibuka dari jam 10.00 a.m sehingga ke 9 p.m. Kalau korang larat, korang boleh explore Safari ni selama 11 jam, sampai diorang nak tutup :). Baru berbaloi kan. Masa nak masuk tu, staff Safari akan minta untuk cek beg kita untuk pastikan kita tak bawa apa-apa makanan ke dalam Safari. Nak makan kena beli dalam tu.


Mula-mula masuk, saya terus ajak husband dan anak-anak pergi Savannah dulu sebab bimbang nanti hujan. Maklumlah cuaca tak menentu. So kami naik tram dari Simba Hill ke Savannah Station, kemudian tukar tram untuk masuk Savannah. Dalam Savannah ni, kita boleh lihat haiwan-haiwan liar dilepaskan bebas. Kita yang duk dalam tram ni tengok je dari dalam tram sambil dengar penerangan dari staf Safari ni. Bukan je anak-anak yang excited, mak ayah pun sama excited jugak tengokĀ  haiwan-haiwan seperti singa putih, harimau malaya, badak air, dubuk dan banyak lagi yang tengah bebas di sana. Untuk round 1 Savannah tu ambil masa dalam 45 minit.

 
https://www.youtube.com/watch?v=e0wB_J5UhZw

 

Selepas dah habis round Savannah, kami tukar tram untuk kembali ke Simba Hill dan mula berjalan kaki ikut flow bangunan bertingkat kat sana. Sebelum kitorang meneruskan perjalanan mengeksplorasi bangunan di sana yang menjadi sangkar bermacam-macam jenis haiwan, kitorang singgah lunch dulu kat situ. Makan nasi goreng, kuewtiaw goreng dan fries sambil tengok singa putih tengah bermalas-malasan tidur kat sebelah. Untuk pengetahuan korang, kat dalam ni ada beberapa buah cafe yang boleh korang singgah bila perut lapar atau dahaga. Harga biasalah mahal sket dari kat luar, nasi goreng tu dalam RM14 sepinggan :).

gambang Safari park 3

Dining with white lion konsepnya, tapi singa tengah bermalas-malasan atas pankin tu.

 

Bangunan yang menempatkanĀ Simba Hill, Foreign Village dan Forest Land lebih kurang 5 tingkat kot, agak luas untuk kita tengok haiwan-haiwan dalam sangkar kaca diorang. Kat Simba Hill ni boleh sewa stroller kalau nak, RM15 je kalau tak silap. Sesuai lah kalau nak standby kot anak ngantuk malas nak dukung kan. Kitorang tak sewa pun stroller tu sebab Eisya baru je dapat kaki, of coz la dia tengah excited nak berjalan sendiri. Boleh tahan penat gak la round bangunan tu, ada banyak sangat haiwan, ada yang kesian sebab takde geng duk sorang-sorang dalam sangkar, ada yang buat hal masing-masing je.

gambang Safari park 2

Nampak scary kan bangunan ni, tapi biasa je sebenarnya. macam ni barulah safari !

 

Sepanjang perjalanan tu, ada beberapa station yang korang boleh bagi makan haiwan dengan bayaran RM5 atau RM10.Ā  Contohnya ikan, arnab, gajah, beruang, rusa dan lemur. Nak naik pony dan unta pon boleh, dia bawak pusing 1 round nanti, bayar je RM10. Kitorang bagi makan King Julien Madagascar iaitu seekor lemur, bayar RM5. Ada juga beberapa bahagian di mana haiwan yang jinak dibiarkan bebas, antaranya burung dan iguana. Kalau nak tengok haiwan-haiwan apa yang ada boleh refer video di atas.

gambang Safari park 5

Eisya and the fishes.

gambang Safari park 6

Saya dan burung-burung cantik, tak ingat nama apa tapi jinak sangat.

gambang Safari park 7

Rusa kat sini makna roti dan madu tau.

gambang Safari park 8

Tengah bagi King Julien makan timun.

 

Nanti masa berjalan-jalan tu jangan terleka kalau berniat nak tengok animal show. Just rujuk jadual yang diorang bagi masa beli tiket tadi, dan make sure bila dah dekat masa show, korang dah gerak pergi ke arena yang diberitahu. Kitorang just tengok 1 je show iaitu The Predators Show, seronok juga tengok white lion dan harimau malaya panjat pokok nak makan daging. Arena dia berada di luar bangunan, so kena jalan sikit. On the way nak sampai ke Land of Predators tu, anda akan jumpa tempat untuk sewa ATV dan kandang unta. Anak-anak suka tengok harimau malaya berenang, comey jer. Mula-mula ingat nak tengok Tarzan Show tapi show dia malam, so kitorang balik hotel dulu. Dah sampai hotel, malas dah la nak keluar balik pergi Safari, ye tak?

 

Sebelum balik, saya ajak husband dan anak-anak pergi Savannah lagi sekali. Saje sebab seronok, lagipun tram kan ada aircond, just enjoy and relax kali ni, sebab pagi tadi sibuk nak rakam video šŸ™‚ Tepat jam 5 petang, kitorang keluar dari Gambang Safari Park dan balik hotel. Anak-anak memang seronok. Eidlan asyik ulang yang dia nak jadi harimau dan lion.

 

gambang Safari park 10

Gambar hard copy yang staf Gambang Safari Park print, sekeping RM27.

Kesimpulannya, Gambang Safari Park memang best, untuk range budak berumur 5 dan 3 tahun tu sesuai dah bawa untuk diorang kenal tentang flora dan fauna. Bila ke sini jangan lupa bawa air masak yang cukup, duit cash in case anak-anak nak bagi makan haiwan or nak beli makanan, dan jangan pakai kasut tinggi. Pakailah kasut yang paling selesa untuk korang berjalan jauh. Next entry pula, Inshaallah saya akan cerita tentang Gambang Waterpark pula ye. Stay tuned!

 

Untuk info atau pesanan produk Shaklee:

Pengedar Shaklee Di Kuala Terengganu,Ā Gong Badak, Unisza & UMT, Terengganu.

Related Post