Alhamdulillah, entry saya tentang  FPP Hospital Selayang 2 tahun dulu masih lagi menjadi rujukan pembaca blog saya sehingga hari ini. Boleh baca kembali entry tersebut DI SINI. Pada 21 Mei 2014 yang lalu, saya telah menghadiri temujanji pertama saya dengan Dr. Roslan untuk kandungan kedua saya, yang Inshaallah akan saya lahirkan menggunakan skim FPP ini juga seperti anak pertama saya.

 

Saya sampai ke Hospital Selayang pada pukul 11 pagi kerana temujanji saya adalah pada pukul 11 pagi. Saya terus ke kaunter FPP dan mengisi borang kerana ini adalah check-up pertama saya. Mereka masih lagi menggunakan nombor rujukan FPP saya yang sebelum ini untuk rujukan Dr. Roslan tentang sejarah kandungan saya. Pada waktu ini, umur kandungan saya adalah 31 minggu.

 

Doktor yang bertugas di bahagian FPP ialah Dr. Mohd Roslan bin Abdul Halim, Dr. Yu Kok Kin dan Dr. Valyakalayil Daniel Philip. Mereka merupakan doktor-doktor pakar yang bertugas di Unit Gynaecology Hospital Selayang. Apa yang dapat saya katakan, FPP Hospital Selayang tidaklah selancar 2 tahun lalu seperti yang saya ceritakan di entry saya dulu kerana pertambahan pesakit yang ingin mendapatkan servis melalui skim ini..

 

Dari segi waktu menunggu untuk menjalani check-up bulanan dengan doctor pakar pilihan anda, tempoh menunggunya agak lama bergantung kepada temujanji patient doktor-doktor pakar tersebut. Seperti check-up saya baru-baru ini, saya menunggu lebih dari 1 jam  untuk berjumpa dengan Dr. Roslan. Dari pemerhatian saya, ramai juga patient di kalangan kaum Cina mula mendapatkan servis FPP ini, mungkin mereka mengambil khidmad Dr. Yu.

 

Berikut adalah jadual caj terkini untuk setiap servis di bawah skim Full Paying Patient ini:

 

 
Jika saya perhatikan, memang terdapat peningkatan harga berbanding caj yang dikenakan pada 2 tahun yang lepas semasa nak pertama saya. Contohnya dari segi yuran pendaftaran, 2 tahun lepas hanya RM110, sekarang sudah jadi RM181 kerana tambahan caj untuk ujian urine albumin + glucose sebanyak RM20 dan ultrascan sebanyak RM51.  Jika antenatal blood test diperlukan, RM63 caj akan turut dikenakan.

 

Kos tambahan untuk setiap rawatan

 

Jika dahulu patient FPP memang akan ditempatkan di single room yang dicaj RM130 sehari, tapi kini patient FPP turut akan ditempatkan di isolation room (RM80 sehari) atau di  4 bedded room (RM35 sehari) jika pada masa warded, single room sudah diduduki oleh patient lain. Menurut nurse bertugas, kapasiti wad FPP sekarang sangat pack. Setiap hari 3-5 ibu akan deliver di wad FPP, jadi Hospital Selayang terpaksa membuka bilik-bilik tersebut untuk patient FPP juga. Jika patient terpaksa ditempatkan ke 4 bedded room, maka ahli keluarga tidak dibenarkan untuk menemani pesakit di waktu malam demi menjaga keselesaan ibu lain di dalam bilik tersebut.
Saya berdoa agar urusan saya melahirkan anak kedua ini akan jadi mudah dan saya dapat guna single room seperti anak pertama saya. Lagipun Inshaallah due date saya seminggu sebelum raya tahun ni, Dr. Roslan cakap xde orang nak beranak masa tu, semua orang balik kampung dah..hihi.. Aameen.. Asalkan Dr. Roslan dan family saya ada pon xpe..Doakan saya ye kawan-kawan.

 

Bila berjumpa dengan Dr. Roslan, beliau memeriksa rekod baby pertama saya. Bila jumpa dia memang sejuk je hati. Dia tanya berapa lama breastfeed baby 1st, tahap kesihatan baby dan lain-lain. Alhamdulillah saya berjaya menyusukan Eleanoor sehingga usia kehamilan baru saya masuk 5 bulan. Lepas tu saya stop pam EBM dan campur dengan susu formula. Kemudian, Dr. Roslan check perut dan scan, cek buku rawatan saya dari klinik yang saya jalani check-up sebelum ini. Baby sihat dan sangat aktif macam biasa.. Berat baby kini 2.2 kg. Seperti biasa, Dr. Roslan sangat positif yang saya boleh melahirkan baby secara normal. Selepas itu saya diberi tarikh temujanji pada hujung bulan ini.

 

Saya dengan perut 34 minggu dan anak pertama saya Eleanoor yang bakal berumur 2 tahun bila adiknya lahir nanti.

 

Saya akan kongsikan jika ada apa-apa info baru yang bermanfaat lagi di entry FPP yang seterusnya sehingga saya selamat bersalin Inshaallah.. Minta pembaca mendoakan yang terbaik untuk saya dan baby.

Terima kasih.

 

Untuk konsultasi Supplement Shaklee (cadangan vitamin semasa HAMIL, BERPANTANG dan PENYUSUAN BAYI DENGAN SUSU IBU, boleh hubungi saya ya!

 

Shaklee Indipendent Distributor- ID: 889149 (NURUL ZAKEYAH)
vitaminurul@gmail.com
WhatsApp/sms: 017- 423 8980
COD: Batu Caves & KLCC area

Related Post