ITINERARY BALI 6 HARI 5 MALAM

Walaupun trip ke Bali ni dah hampir setahun berlalu, tapi ramai pula kawan-kawan saya yang request nak tahu apa itinerary Bali 6 hari 5 malam kami. Maklumlah ekonomi sekarang ni tak membolehkan melancong jauh-jauh, so ramai kawan-kawan saya yang pilih Bali sebagai destinasi percutian tahun ini.

 

itinerary bali

 

10 October 2015, bersempena dengan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 4, kami suami isteri telah ke Bali, Indonesia konon-konon ala honeymoon untuk merehatkan diri dari stress kerja serta untuk menikmati ‘me time’ tanpa anak-anak di sisi. Kejam je kan, tak bawa anak-anak bersama, tapi itulah yang berlaku. First time kami berpisah dengan anak-anak sejak mereka lahir.

 

Berikut antara itinerary Bali 6 hari 5 malam kami, yang mungkin boleh anda jadikan panduan. Nanti ada masa saya story satu-satu tempat-tempat yang kami kunjungi, Inshaallah.

 

Day 1: 10 September 2015- Free & easy

villa diana legian bali 10

  • Tiba di Ngurah Rai Airport, Bali dan terus check-in ke Villa Diana Legian, Bali
  • Sewa scooter, jalan-jalan  pusing Kuta, survey pantai-pantai berdekatan, cari local prepaid untuk kegunaan 6 hari
  • Spa massage di Ambiante Spa & Wellness, Legian, Bali
  • Makan malam nasi padang
  • Shopping dan layan band di Hard Rock Cafe, Bali

 

Day 2: 11 September 2015 – Kintamani tour

itinerary bali 1

  • Bali Original Batik Textile
  • Tarian Barong & Keris
  • Bali Silver Jewellery Centre
  • Makan tengahari di Gunung Batur Kintamani
  • Tampak Siring Temple
  • Luwak Civet Coffe Farm
  • Tengalang Rice Terrace
  • Ubud Central Market

 

Day 3: 12 September 2015 -Nusa Dua Tour

itenerary bali 1

  • Shopping souvenir di Anjung Bali
  • Tanjung Benoa Water Sport
  • Turtle Farm
  • Makan tengahari di Natrabu Minang Restaurant
  • Mandi-manda di Pantai Pandawa
  • Garuda Wisnu Kencana
  • Uluwatu Temple
  • Tarian Kechak sambil tengok sunset
  • Makan malam di Jinbaran

 

Day 4: 13 September 2015 – Bedugul Tour

itenarary bali 1

  • Lunch di Ayam Tulang Lunak
  • Taman Ayun Temple
  • Alas Kedatong
  • Tanah Lot

 

Day 5: 14 September 2015 – Free & easy

itinerary bali 1

  • Enjoy pool di Villa Diana
  • Spa massage, pedi & medi di Santai Spa
  • Berjemur di pantai Legian
  • Beli souvenir di Denpasar
  • Round Kuta & Denpasar

 

Day 6: 15 September 2015- Balik Malaysia!

itinerary bali 1

  • Enjoy pool di Villa Diana
  • Airport transfer
  • Naik flite balik Malaysia!

 

Begitulah itenerary Bali kami. Pada saya 6 hari agak selesa, dan sedikit bosan juga, atau maybe simptom rindu anak dah datang. Kalau tanya saya berapa hari yang cun-cun sepatutnya kita spend di Bali, saya akan cakap 5 hari 4 malam. Tak lama sangat, tak pendek sangat waktunya.

 

Di sini saya nak kongsikan sedikit tips untuk anda yang baru pertama kali nak ke Bali, Indonesia.

 

  • Jika hotel/villa anda menyediakan perkhidmatan airport transfer, elok anda terus tempah dengan hotel/villa anda sebelum ke Bali. So diorang boleh terus tunggu anda di airport. Jika anda bernasib baik, hotel/villa anda siap boleh bagi free airport transfer lagi. Jangan sekali-kali gamble kat airport baru nak cari teksi atau supir, sebab anda akan kaw-kaw kena pow harga airport transfer yang sangat mahal. Sebab apa? Sebab anda pelancong, dan mereka anggap anda tak tahu rate harga di sana. Harganya boleh sampai mencecah harga supir bawak anda jalan-jalan seharian ke tempat-tempat menarik, tapi mereka hanya hantar anda dari airport ke hotel/villa. Siot sangat tau! Ini pengalaman sendiri.

 

  • Bagi yang beragama  Islam, saya cadangkan tak perlu jadikan kemudahan breakfast di hotel/villa di Bali sebagai keutamaan kerana kebanyakan hotel/villa di Bali memang menyajikan pork sebagai hidangan mereka. Perkara ini saya terlepas pandang semasa membuat tempahan, sudahnya kami memang tak pernah breakfast di villa sebab memang mereka menyajikan pork sebagai breakfast, jadi pinggan mangkuknya pun kami tak gunakan. So kalau hotel/villa tu tak bagi free breakfast pon OK je kalau nak pilih. Yang penting ada strong Wifi connection, ada airport transfer dan ada review yang baik daripada penginapnya dah mencukupi. Lagipun di Bali ni memang cukup terkenal dengan masakan babi gulingnya.

 

  • Kalau ada masa lebih, boleh study betul-betul peta tempat-tempat menarik di Bali ni. So anda akan dapat jimat duit dari segi tak perlu ambik pakej dengan supir @ pemandu pelancong. Bali ni tidaklah sebesar mana, kalau biasa bermotosikal, boleh je round tempat-tempat tarikan pelancong di sini dengan skuter, sewa skuter je. Kalau sewa kereta, nanti jam sebab setiap hari, semua orang akan menuju ke tempat pelancongan yang sama. Maklumlah Bali ni boleh dikatakan industri terbesarnya adalah industri perlancongan.

 

  • Anda boleh beli local simcard untuk kegunaan sementara di sana, kerana cajnya lebih murah berbanding jika anda buat roaming. Macam kami, kami perlukan intenet untuk guna Waze cari jalan bila kami naik skuter cari tempat-tempat menarik. Di villa memanglah dah ada wifi, tapi bila keluar villa, perlu juga guna internet kan.

 

  • Anda kena faham cara orang-orang di Bali, contohnya supir@pemandu pelancong, mereka akan bawa ke tempat yg bagus-bagus/grand-grand supaya mereka boleh earn commission dari kedai/spa/perusahaan tersebut. Jadi anda boleh je bagitau supir kalau anda tak setuju dengan tempat-tempat yang mereka cadangkan, dan firm dengan plan anda. Tips (duit upah)  juga jadi seperti benda wajib tiap kali kita menerima pertolongan di sana. Dan bila kedai-kedai tahu kita ni pelancong, harga automatik akan cuba dinaikkan jadi mahal. Contohnya harga souvenir, sewa motor, harga teksi, minyak motor, makanan, jajan sampailah ke air mineral, semua jadi mahal. So hati-hati, kalau anda boleh bercakap guna slang mereka lebih baik, sebab nanti mereka akan ingat anda datang dari Jakarta.

 

  • Kalau nak beli souvenir, elok beli di kedai-kedai besar seperti Agung Bali dll kerana harganya dah tetap. Boleh jika nak beli dari penjaja di tempat-tempat perlancongan, tetapi mereka akan meletakkan harga yang tinggi, dan anda perlu tawar-menawar sampai letih. Sebab apa letih, sebab bila nada nak bayar souvenir yang anda nak beli, mereka akan cross sell jual benda-benda lain juga sampai anda setuju, saya sampai bosan sebab dipaksa  beli juga barang lain, balance kita mereka tak mahu pulangkan cepat-cepat.

 

Diharap perkongsian itenerary Bali dan tip-tip yang diberi dapat membantu serba sedikit perancangan anda ke Bali. Till next time, bye!

 
 
Shaklee Independent Distributor:

NURUL ZAKEYAH ,
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak
vitaminurul@gmail.com

Related Post