Assalamualaikum semua. Alhamdulillah saya baru sahaja pulang dari mengikuti Shaklee Regional Incentive Trip 2018 ke Bangkok selama 4 hari 3 malam, bermula 17 Nov 2018 hingga 20 Nov 2018. Sementara masih segar dalam ingatan ni, saya nak berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman saya di sana.

itinerary bangkok 4 hari 3 malam

Dalam entry kali ini, saya nak kongsikan Itinerary Bangkok 4 Hari 3 Malam untuk panduan korang, mana lah tahu jika ada antara pembaca blog saya ini dalam perancangan mahu ke Bangkok, so bolehlah jadikan entry ini dan entry seterusnya tentang Bangkok sebagai panduan sebelum bertolak ke sana.

 

Sebenarnya trip ke Bangkok saya kali ini ditaja sepenuhnya oleh Shaklee sebagai salah satu reward dan keistimewaan yang saya dapat sebagai Shaklee Independent Distributor (SID). Untung sangat jadi SID ni tau. Untung runcit dapat, bonus bulanan pun dapat, bonus kereta pun ada dan dapat juga melancong ke luar negara setiap tahun secara percuma! Nak tau lebih lanjut macamana nak jadi ahli Shaklee boleh hubungi saya ye, but for now let continue with our itinerary sepanjang 4 hari berada di sana 🙂

 

ITINERARY BANGKOK 4 HARI 3 MALAM 2018

 

ITINERARY HARI PERTAMA

itinerary bangkok 4 hari 3 malam - loy krathong

 

8 AM – 9.30 AM : Perjalanan menaiki kapal terbang dari KLIA ke Suvarnabhumi Airport Thailand

10.00 AM : Menikmati pemandangan sisir sungai Chao Phraya sepanjang 10 km di Chao Phraya Boat Ride

12.30 AM : Makan tengahari di restoren Muslim terkenal di Bangkok, Sophia Restaurant (perjalanan 45 minit)

2.30 PM : Check-in di  Amari Watergate Hotel, Bangkok

4.00 PM : Bertolak ke Suan Sampran untuk menikmati Sampran Riverside Dinner (perjalanan 1 jam)

5.00 PM : Sampai di Suan Sapran dan mengikuti aktiviti kebudayaan yang disediakan sebelum makan malam

6.00 PM: Menikmati makan malam authentic Thailand diselangi dengan persembahan kebudayaan oleh Sampran crew

8.00 PM : Bermula sambutan Loy Krathong di mana pengunjung dapat merasai pengalaman melepaskan lantern berbentuk jambangan bunga  ke sungai Sampran.

9.00 PM : Persembahan bunga api.

10.00 PM : Balik ke hotel & berehat.

 

ITINERARY HARI KEDUA

itinerary bangkok 4 hari 3 malam - chatuchak

 

6.30 AM – 8.00 AM : Sarapan pagi di hotel

8.00 A.M : Bertolak ke The Grand Palace

8.30 A.M : Tour di sekeliling The Grand Palace dan melihat kecantikan senibina istana dan kuil-kuil Buddha di dalamnya

10.30 AM : Bertolak ke Chatuchak Market & SHOPPING!

7.00 PM : Bertolak balik ke hotel setelah kepenatan dan kehabisan duit shopping 🙂

8.30 PM : Makan malam di Usman Thai Muslim Restaurant

10.00 PM : Sambung shopping di Pratunam Night Market (walking distance ke Hotel Amari Watergate)

12.00 PM : Balik ke hotel & berehat.

 

ITINERARY HARI KETIGA

itinerary bangkok 4 hari 3 malam - asiatique

 

6.30 AM – 10.00 AM : Sarapan pagi di hotel

10.00 AM : Sambung shopping di MBK Centre (gadget & souvenir)

12.30 PM : Makan tengahari di Yana Muslim Restaurant di dalam MBK Centre.

2.00 PM : Sambung shopping di Siam Paragon (barangan branded) / Big C Supermarket (snack Thai)

4.45 PM : Bertolak ke Sompong Restaurant untuk makan malam (perjalanan 1 jam)

7.00 PM : Bertolak ke Contemporary Thailand @ Asiatique, sambung shopping 🙂

9.30 PM : Bertolak balik ke hotel

10.30 PM : Thai massage di Palladium Mall ( walking distance from hotel )

12.00 PM : Sambung jalan-jalan & shopping di Pratunam Night Market

1.00 PM : Balik ke hotel dan berehat

 

ITINERARY HARI KEEMPAT

itinerary bangkok 4 hari 3 malam - food hunting

 

6.30 AM – 10.00 AM : Sarapan pagi di hotel

10.30 AM : Ronda-ronda Platinum Mall untuk last shopping sebelum balik Malaysia (Platinum Mall betul-betul depan Amari Watergate Hotel, kat sana banyak jual pakaian & Thai silk)

12.30 PM : Solat jamak Zohor & Asar di hotel, kemudian check-out.

1.00 PM : Street food hunting & Thai massage di sekitar hotel dan Platinum Mall

2.45 PM : Bertolak ke Suvarnabhumi Airport Thailand (1 jam perjalanan)

6.00 PM – 8.00 PM : Perjalanan menaiki kapal terbang dari Suvarnabhumi Airport Thailand ke KLIA.

 

Begitulah secara terperinci tentang Itinerray Bangkok 4 Hari 3 Malam saya bermula 17 – 20 Nov 2018 yang lepas, Inshaallah saya akan perincikan setiap aktiviti saya di sana dengan gambar-gambar menarik yang sempat dirakamkan di dalam entry blog saya seterusnya. So stay tune OK 🙂 Dah baca tu drop-lah komen ye, kalau ada soalan pun boleh terus tanya saya kat situ, nanti saya balas di ruangan komen OK.

 

Untuk info atau pesanan produk Shaklee:

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu, Gong Badak & Kuala Berang, Terengganu.

Related Post