RESEPI AYAM PERCIK

Assalamualaikum semua..

Hari ni hari Sabtu, selamat bersantai di hujung minggu bersama keluarga semua. Weekend macam ni la seronok nak berehat sambil temankan anak-anak bermain kan. Kalau rajin, masa ni la nak bersilat di dapur memasak makanan kegemaran suami dan anak-anak.

Bagi yang takde idea nak masak apa, boleh cuba resepi lauk ringkas tapi sedap yang saya nak kongsikan hari ni. Lauk ni antara lauk kegemaran saya dan suami. Bila beli di kedai ada je rasa yang tak kena, jadi masak sendiri juga yang puas hati.

Lauk yang saya maksudkan ialah AYAM PERCIK.. hmm.. dengar namanya pun dah boleh terbayang kesedapannya.

Ok, jom kita tengok apa bahan-bahan dan cara memasak ayam percik ini.

Bahan-bahannya:

Separuh ekor ayam
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
Santan dari 1 biji kelapa
Garam,gula, asam keping, serbuk kunyit

Bahan-bahan untuk diperap perap bersama ayam:

20150103_093011 copy

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
Secubit garam

Bahan untuk kuah percik (blend):

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
6 biji lada kering

Cara-cara memasak:

1) Blend bahan-bahan untuk perap ayam dan gaulkan pada ayam. Perap selama 30 minit.

20150103_102103 copy

2) Tumis bahan-bahan kuah percik dengan 2 batang serai diketuk, kemudian masukkan santan, asam keping, garam, gula, serbuk kunyit dan sedikit air. Kacau sehingga kuah betul-betul pekat.

20150103_102934 copy

3) Setelah 30 minit, bakar ayam tersebut di dalam pemanggang ajaib sehingga 3/4  masak. Kemudian ambil sedikit kuah percik yang sedang dimasak dan taburkan ke atas dan bawah ayam bakar, kemudian biar ayam tersebut garing bersama kuah yang ditabur itu.

3) Apabila ayam sudah betul-betul masak, hidangkan di atas pinggan dan taburkan kuah percik di atasnya.

SIAP!!

20150103_104934 copy

Ayam percik saya, yummy!!

Tersangatlah mudah kan?  Dan yang penting sedap kerana dimasak dengan penuh kasih-sayang. Memasak di rumah adalah pilihan yang lebih sihat kerana bahan- bahan yang digunakan terjamin bersih dan segar dan tidak menggunakan bahan msg dan garam berlebihan. SELAMAT MENCUBA!

Bagi yang berminat nak mendapatkan vitamin-vitamin hebat Shaklee, jangan lupa hubungi saya untuk harga dan konsultasi terbaik!

Shaklee Independent Distributor:

NURUL ZAKEYAH
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves, Gombak dan sekitarnya
vitaminurul@gmail.com

Related Post