Hari ini saya nak kongsikan pengalaman saya yang telah berjaya turunkan berat badan secara sihat sepanjang setahun. Rasanya inilah masa yang paling tepat sebab mesti ramai yang sedang berkobar-kobar nak kurus tahun 2020 ni. Nak turunkan berat badan ni dah jadi new year resolution wajib bagi ramai orang betul tak? Termasuklah saya 🙂

Cuma berapa kuat determination kita untuk achieve resolution tu? Ini ramai yang tak lulus betul tak. Saya faham sangat sebab saya pun sama. Dan perjalanan untuk turunkan berat badan secara sihat sepanjang tahun bukanlah mudah, lagi-lagi bagi orang yang dah lama mempunyai berat badan berlebihan. Ianya adalah satu perjalanan untuk mengubah lifestyle kita.

Sepanjang tahun 2019, saya telah berjaya menurunkan berat badan secara sihat sebanyak 14 KG. Mungkin angka ini kedengaran kecil bagi anda, tapi ia cukup besar bagi saya. Saya inginkan penurunan yang sihat, bukan drastik dan yo-yo yang boleh menyebabkan saya kehilangan nutrisi secara mendadak dan boleh jatuh sakit, tidak bermaya dan nampak tua 🙂 Sebab ini semua adalah kesan biasa apabila seseorang kehilangan terlalu banyak berat badan.

.
turunkan berat badan secara sihat sepanjang setahun

 

Jadi inilah cerita saya….

 

A journey to remember.

Year 2019, from size XL to M, from 76 KG to 62 KG.

Tahun 2019 saya  ‘free’ sikit sebab Eisya, anak ke-3 saya dah berumur 3 tahun dan dah berjaya wean-off. Sebelum ini saya non-stop pregnant-menyusu-pregnant-menyusu-pregnant-menyusu selama 7 tahun untuk menghasilkan 3 orang anak yang sihat dan cergas 🙂 Alhamdulillah.

.

turunkan berat badan secara sihat sepanjang setahun 76

Shaklee Incentive Trip Bangkok, November 2018, 76 KG.

Kesedaran nak sihat tu datang sebab baju semua dah ‘mengecil’. Nak start pergi hiking pun tak ada baju yang muat. Kena pergi Al-Ikhsan beli baju baru, saiz XL je yang mampu sumbat, kejamnya dunia! Saya start hiking dan brisk walk on weekend. Sambil-sambil pusing tasik Stadium Gong Badak tu, saya cuba-cubalah nak jogging sikit-sikit. Sedihnya, nak jog non-stop 200 meter pun tak mampu. Terlebih muatan, tak larat nak bawa badan. Maklumlah berat 76 KG, tinggi 154 CM jer.

Balik rumah termenung jap, terus whatsapp kawan, dia memang runner. Suka tengok dia lari sana sini, inspired. Tanya dia cane nak start? Ajari please.. Nak juga sihat dan kurus macam dia. Alhamdulillah dia memang supportive dan tak kedekut ilmu, banyak soalan-soalan basic saya dia jawab dengan jelas. Dia ajar, jogging setiap hari 30 minit non-stop. Pace lempar tepi dulu, jog je slow-slow. Saya ikut apa yang dia ajar tanpa banyak soal. Saya berlari setiap hari, 30 minit. Kadang-kadang dapatlah 2 km ++, kadang-kadang dapat 3 km untuk 30 minit tu. Pakcik yang buat power walk keliling tasik dengan saya lagi laju tau, malu I.

Masa saya sangat terhad sebab tugas untuk bisnes, anak-anak dan rumah tangga, maklumlah jadi working at home mom ni mana ada masa fix macam kerja ofis, tapi saya selitkan juga masa 30 minit untuk jogging. Saya akan jogging keliling taman perumahan saya bermula pukul 6.30 petang sehingga pukul 7 petang. Sebab masa itu je husband saya dah balik dari kerja dan boleh jaga anak-anak, kalau tak nak tinggal anak kat siapa kan?

They said a person needs 21 days to form a habit. Some said it needs 66 days. So saya buat consistent, though I hate it! Maklumlah tak pernah dalam hidup saya berlari, tiba-tiba dah anak 3 ni baru nak mula berlari. Muscle sore?? Tak payah cerita. Setiap inci muscle dalam badan ni pernah sakit. Duduk antara dua sujud masa solat sampai keluar air mata, pasal tak boleh nak lipat kaki. Tapi saya teruskan juga berlari, selagi yang sakit tu bukan lutut, saya yakin bukan mudarat.

turunkan berat badan secara sihat sepanjang setahun shoes

Bulan Mac 2019 saya memulakan rutin larian. Everything was OK, muscle soreness sikit tu saya layan. Masuk bulan kedua saya dah boleh lari lebih laju dan kurang penat, then kawan saya ajar boleh tambah 10 minit lagi setiap hari.  Masa tu, saya dah boleh capai 4 ke 5 KM dalam masa 40 minit. Tapi bulan April dan Mei 2019 saya diuji dengan muscle sore yang berpanjangan. Saya dah pergi berurut, add on vitamins intake tapi masih juga sakit. Masa tu saya mula lari selang sehari untuk merehatkan muscle saya. They said rest day is also a training day. Sepanjang dua bulan tu, saya tak pernah berlari tanpa rasa sakit pada otot kaki walaupun dah rehat. Tapi saya teruskan juga berlari selang sehari. Kalau saya jenis cepat down mesti saya dah stop. Tapi masa tu punyalah semangat sampai saya rasa jealous tengok orang lain berlari tapi saya kena rest 🙂 

 

Tapi Alhamdulillah, masuk bulan keempat iaitu bulan Jun 2019, segala kesakitan otot saya beransur pulih. Dan lebih best, bila berlari saya dah tak akan rasa muscle sore sangat dah. Mungkin muscle saya dah adapt dengan perubahan aktiviti saya. Kalau dulu berlari hari ni, esok bangun tidur mesti jalan pegang dinding sebab sakit muscle, now dah tak macam tu 🙂

 

Then saya mula berani daftar running event. Tak agak-agak, first event saya daftar terus ambik yang 12 KM, Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM). Lepas tu saya daftar 10 KM, ETR Run. Nak early bird price punya pasal. But I took that as a challenge. Bila daftar event, lagi semangat nak training. Bulan puasa pun curi masa 30 minit buat night run. Makan masa berbuka puasa pun kena control tak boleh makan banyak-banyak sebab nak lari lepas terawih.

turunkan berat badan secara sihat sepanjang setahun night run

 

 

Sepanjang 2019, saya enjoy food tapi sentiasa beringat. Tak adalah restricted tak boleh makan gula ke tak boleh makan minyak ke apa. Enjoy semua, with controlled portion. Kalau dulu semua saya bedal dengan alasan menyusu badan. Saya lebihkan minum air masak, makan ulam dan buah-buahan dalam menu. Breakfast saya buat sandwich dan smoothies, blend buah dengan ESP Shaklee. Jarang saya makan berat masa breakfast. Lunch saya ambil nasi suku suku separuh. Kalau saya buat night run, saya akan dinner lebih awal dalam pukul 6.30 petang. Saya banyak masak sendiri dan makan di rumah sebagai pilihan lebih sihat.

 

turunkan berat badan secara sihat sepanjang setahun shaklee

 

Saya memang pengamal tegar supplement Shaklee, vitamin Shaklee yang wajib saya ambil setiap hari ialah Omega Guard, Energizing Soy Protein (ESP), Alfalfa Complex, Sustained Release Vita-C & Ostematrix. Yang lain ada lagi tapi bukan setiap hari, contohnya Shaklee COQ-Trol Plus dan Performance saya akan ambil pada hari saya berlari. Ada yang kata banyak, tapi bagi saya semua ni tak banyak pun, sebab ini bantu badan saya top-up mana-mana nutrisi yang lompong, lebih-lebih lagi jika kita jenis yang tak kira keperluan nutrisi, tak makan sayur, sedang berdiet dan aktif bersenam. Lagipun bukannya saya telan semua ni serentak pada satu masa. Boleh refer aturan makan vitamins Set Shaklee Untuk Yang Aktif Bersenam DI SINI.

So here I am, kehilangan 14 kg sepanjang 2019. Ramai sangat yang berjasa sepanjang perjalanan ni, you know who you are and thank you from the bottom of my heart. Sepanjang 2019 saya berjaya mengumpul mileage larian sebanyak 920 KM. Larian terjauh saya buat adalah 21 KM dalam masa 2 jam 51 minit. I never know that running can be an addiction. I pray that Allah grant me good health, so that I can run for another 35 years of my life. Year 2020 will be the year for my virgin half marathon dan virgin full marathon, Inshaallah.. Tolong doakan ye 🙂

.

turunkan berat badan secara sihat sepanjang setahun 65kg

Shaklee Incentive Trip Phuket, November 2019, 64 KG

Bagi saya, kunci untuk healthy lifestyle ada 3, ini yang ditekankan oleh Shaklee sepanjang masa jadi saya cuba buat sepanjang 2019 ini dan ia terbukti berkesan.

 

1) Eat healthily

2) Execise regularly

3) Supplement wisely.

 

Ingat, tiada jalan pintas untuk kurus. 3 perkara di atas perlu diamalkan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang diidamkan. Saya ucapkan good luck untuk anda yang ingin turunkan berat badan pada tahun ini. Tiada yang mustahil sebab ramai yang telah buktikan termasuk saya. Sebelum badan kita disinggahi dengan macam-macam penyakit akibat obesiti dan kegemukan, lebih baik kita mulakan gaya hidup sihat bermula hari ini.

 

 

Untuk info atau pesanan produk Shaklee:

 

Pm di fb : Vitaminurul.com

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu, Gong Badak & Kuala Berang, Terengganu.