cuti umum 2016 malaysia

Alhamdulillah saya baru balik dari bercuti ke Bali Indonesia last week, memang seronok sesekali merehatkan fikiran di tempat orang. Inshaallah akan saya kongsikan tentang percutian saya di Bali bersama suami dia entries yang akan datang. Tapi sebelum tu, saya nak kongsikan kalendar cuti umum 2016 di Malaysia untuk panduan pembaca-pembaca yang ingin merancang percutian masing-masing tahun hadapan.

 

Elok juga kalau kita tahu kalendar cuti umum 2016 ini, jadi dapatlah kita tempah tiket kapal terbang awal, so dapatlah murah banyak kan. Itu salah satu tips untuk melancong di negara orang tapi dalam bujet yang terkawal. Yang lagi best pula, tahun 2016 banyak cuti yang  bersambung dengan weekend tau! Maksudnya cuti umum banyak yang jatuh pada hari Isnin dan Jumaat. So ada extra day untuk bercuti pada hujung minggu dan tak perlu apply cuti, jimat sikit cuti tahunan kan?

 

Ok, silalah pilih tarikh pilihan  anda untuk bercuti bersama keluarga ye!

cutiumummalaysia2016

 

Senarai cuti umum 2016 di Malaysia

1 Jan 2016 (Jumaat) – Tahun Baru* Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu

24 Jan 2016 (Ahad) – Thaipusam* Kedah, KL, Putrajaya, Johor, N9, Perak, Penang & Selangor shj

1 Feb (Isnin) – Hari Wilayah* KL, Putrajaya & Labuan shj

8-9 Feb (Isnin & Selasa) – Tahun Baru Cina

25 Mac (Jumaat) – Good Friday* Sabah & Sarawak shj

1 Mei (Ahad) – Hari Pekerja

21 Mei (Sabtu) – Hari Wesak

6&7 Julai (Rabu, Khamis) – Hari Raya Puasa

31 Ogos (Rabu) – Hari Kebangsaan

12 September (Isnin) – Hari Raya Haji* Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu cuti 2 hari

16 September (Jumaat) – Hari Malaysia

3 Oktober (Isnin) – Awal Muharram

29 Oktober (Sabtu) – Hari Deepavali* kecuali Sarawak

12 Disember (Isnin) – Maulidurrasul

25 Disember (Ahad) –  Hari Krismas

 

Saya pun dah mula merancang untuk trip melancong pada tahun hadapan  ni. 1 dah confirm iaitu trip ke Jepun pada bulan Februari 2015, sebelum Chinese New Year. Tiket penerbangan dan tempat tinggal semuanya telah dibayar. Tunggu nak pergi je, tak sabar nyer!

 

Alhamdulillah, walaupun ketika bercuti, saya tetap dapat menguruskan bisnes Shaklee saya dengan teratur. Mudah sungguh berbisnes dengan Shaklee. Segala kemudahan bisnes secara online telah Shaklee sediakan untuk kami sebagai Shaklee Independent Distributor seperti laman web www.shaklee2u.com.my dan juga aplikasi di handphone My Shaklee App. Hanya dengan kewujudan internet, saya mampu menguruskan bisnes saya dengan mudah dan lancar, tidak kira di negara mana saya berada! Anda juga boleh jadi seperti saya, hubungi saya untuk bimbingan eksklusif setelah mendaftar di bawah empayar Vitaminurul.com!

cuti umum 2016 malaysia 2

Shaklee Independent Distributor:

NURUL ZAKEYAH ,
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak
vitaminurul@gmail.com