Assalamualaikum dan apa khabar buat semua pengunjung Vitaminurul.com hari ini. Semoga hari anda dirahmati oleh Allah selalu. Sebulan lebih sudah berlalu Vitaminurul Italy Trip, tapi kerana kekangan masa, baru hari ini saya berpeluang menulis.

 

Kunjungan ke Italy saya ini adalah ditaja sepenuhnya oleh Shaklee sebagai salah satu faedah 3C yang saya terima sebagai Shaklee Independent Distributor iaitu CONVENTION.  Ini merupakan Shaklee Incentive Trip luar negara yang pertama bagi saya. Jika tahun lepas saya layak untuk ke USA bersama Shaklee Incentive Trip ini, tapi oleh kerana saya sedang berpantang anak kedua, terpaksa saya lepaskan peluang tersebut.

 

Sesungguhnya saya sangat bersyukur kerana mendapat penganugerahan ini atas pencapaian yang saya usahakan dalam bisnes Shaklee saya pada tahun 2014. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa seronoknya melancong ke Italy, kerana Shaklee memanjakan kami secukup-cukupnya dengan layanan, makanan, hotel dan keselesaan bertaraf 5 dan 6 bintang. Anda boleh ikuti pengalaman saya yang akan saya ceritakan di Vitaminurul.com ini secara berperingkat, kerana terlalu banyak gambar dan cerita yang ingin saya kongsikan bersama anda.

 

Beberapa minggu sebelum bermulanya trip ini, Shaklee telah menghantar kelengkapan percuma kepada kami iaitu American Tourister luggage bag ini dan juga tidak ketinggalan winter jacket kerana Italy sedang dalam musim luruh dan suhunya adalah dalam lingkungan 3 – 8 darjah celcius.

italy trip day1 10

 

Oleh kerana semuanya 100% ditaja oleh Shaklee, maka kami peserta Incentive Trip ini hanya perlu menyediakan duit minima hanya untuk shopping. Makan, hotel, tiket dari flite, tren sehinggalah tiket masuk ke tempat-tempat menarik telahpun diuruskan sepenuhnya oleh Shaklee. Best kan? Shaklee telah membelanjakan lebih  RM20,000 untuk setiap peserta yang menyertai Incentive Trip Italy pada kali ini. Memang beruntung sungguh saya kerana berjaya menjadi salah seorang peserta. Sebab segalanya telah ditanggung, jadi saya cuma menukar duit setakat yang perlu sahaja. Lagipun dengan keadaan nilai Ringgit yang sangat rendah, saya tidaklah merancang untuk shopping sakan. Pada waktu saya menukar duit, nilai 1 Euro adalah RM4.70. So, dengan RM2200 saya dapatlah 450 Euro. Cukuplah setakat saya nak beli handbag kulit dan cenderahati di Italy.

italy trip day1 9

 

Perjalanan melancong  ke Italy 9 hari 8 malam kami bermula pada hari Jumaat, 20 November 2015 di mana kami berkumpul di KLIA bermula pukul 5.00 p.m. Seramai lebih kurang 270 orang SID layak dan memilih untuk menyertai Incentive Trip Italy tahun ini. Shaklee membahagikan peserta-peserta ini menaiki 3 kumpulan penerbangan yang berbeza iaitu Singapore Airline, Cathay Airline & Emirates Airline. Setelah selesai check-in luggage, kami terus masuk ke depature hall dan menunggu flite kami yang dijadualkan pada pukul 7.20 malam. Saya menaiki flite Emirates Air EK 347 untuk bertolak ke Dubai, di mana kami akan transit di situ sebelum meneruskan perjalanan ke Milan, Italy.

italy trip day1 3

Sebab luggage bag kebanyakan kami sama kerana Shaklee yang bagi, jadi saya labelkan terus. Senang nak cam di conveyer nanti.

italy trip day11

Tiket Emirates Airline Malaysia – Dubai, Dubai – Milan dan voucher makanan percuma kerana kami bakal transit di Dubai Airport selama 3 jam.

 

Ini adalah kali pertama saya menaiki Emirates Airline, jadi agak teruja juga. Perjalanan ke Dubai memakan masa 6 jam. Ramai yang cakap lama, tapi bagi saya biasa saja kot, sebab selalu berulang-alik naik kereta balik kampung KL – Terengganu & KL – Kelantan, itu pun memakan masa 5 ke 6 jam dalam kereta. Apa sangat jika nak dibandingkan dengan perjalanan dalam flite yang selesa dengan kemudahan tandas, TV dan makanan seperti Emirates. Jadi 6 jam bukanlah menjadi masalah bagi saya. Ruang dalam flite juga cukup luas dan selesa untuk saya berehat, tidak lupa juga untuk saya mengepam susu.

 

italy trip day1 4

Selimut, headphone & bantal disediakan kepada setiap penumpang. Begitu juga dengan tuala panas untuk menyegarkan wajah dan tangan.

italy trip day1 6

Setiap seat ada paparan TV untuk mengetahui kedudukan flite, maklumat penerbangan dan masa, serta untuk menonton siaran tv dan pelbagai movie yang disediakan.

italy trip day1 2

Breakfast saya di atas awan, ada buah-buahan, kek, jus mangga, croissant & chicken and mushroom frittata.

Dalam perjalanan ini, kami dihidangkan dengan 2 kali meal, satu adalah lite bite dan satu lagi adalah breakfast. Waktu pun saya dah tak pasti ketika itu, so makan sajalah. Sedap-sedap makanan yang dihidangkan. Antara waktu makan, penumpang boleh request untuk dapatkan jus, teh, kopi atau Maggie cup secara percuma. Buat kanak-kanak pula, pramugari ada membahagikan permainan untuk mereka seperti soft toys, bantal, buku dan sebagainya. Ada juga pramugari datang mengambil gambar mereka dengan camera polaroid dan di-frame-kan sebagai cenderahati untuk kanak-kanak itu dibawa pulang.

 

italy trip day1 5

Nak tahu bagaimana saya habiskan masa 7 jam di atas awan ini? 3 jam saya gunakan untuk tidur, 2 jam lagi saya gunakan untuk tengok movie yang disediakan. Boleh dikatakan semua movie terbaru ada di sini. Saya sempat menonton cerita Cinderella. Dah lama nak tengok tapi tak berkesempatan. Ni peluang dah ada, saya pun gunalah sebaiknya. Lagi  2 jam saya gunakan untuk aktiviti-aktiviti lain seperti makan, ke tandas dan mengepam susu. Nak bersembang pun semua ramai yang tidur.

 

Akhirnya kami sampai ke Dubai Airport tepat seperti yang dirancang iaitu pada pukul 10.30 malam waktu Dubai. Oleh kerana kami transit di sini selama 3 jam, Emirates menyediakan voucher makanan yang boleh kami gunakan di beberapa pilihan restoren di dalam airport ini. Sampai sahaja di Dubai, perkara pertama yang saya dan kawan-kawan buat adalah cari surau. Saya pam susu dan menunaikan solat Ishak. Melihat EBM yang terkumpul dari atas flite sehingga di surau itu, rasa macam tak sanggup nak buang susu tu. Lagipun ini pengalaman pertama saya mengepam tapi kena buang EBM. Semasa ke Bali saya masih mampu bawa balik hasil EBM saya. Dengan tidak rela, saya gunakan EBM saya tadi untuk siram pokok di tandas airport. Selepas itu barulah saya pergi menggunakan voucher makanan yang diberi dan pusing-pusing cuci mata. Mood shopping belum ada, so just intai-intai dulu. Di sini matawang Dirham digunakan, tetapi mereka juga menerima Euro, USD & beberapa matawang lain.

 

italy trip day1 7

Di Dubai Airport

italy  trip day1 8

Menunggu di ruang rehat sebelum masuk ke flite seterusnya ke Milan, Italy.

 

*******

Summary Perjalanan Hari Pertama Italy Trip Vitaminurul.com

20NOV 2015 (JUMAAT)

KUALA LUMPUR – DUBAI

4.20 p.m Berkumpul di KLIA

7.20 p.m Flight EK 347 bertolak ke DUbai

10.30 pm (waktu Dubai) Flight EK 347 tiba di Dubai.

*******

 

Ikuti sambungan pengalaman saya melancong ke Italy dengan Shaklee Incentive Trip yang sangat best di entries yang akan datang. Semoga boleh menjadi panduan dan rujukan anda.

 

Shaklee Independent Distributor:

NURUL ZAKEYAH ,
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak
vitaminurul@gmail.com

Related Post