42-20378738_c1_w555

 

Hari ni saya nak kongsikan tips yang bagi saya sangat-sangat penting untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan baby dengan cara pembedahan atau c-sec. Perkara ini sering dilupakan dalam kesibukan kita menyediakann kelengkapan bayi dan persediaan beg kita ke hospital. Perkara tersebut ialah PAKAIAN DALAM UNTUK IBU YANG MELAHIRKAN SECARA PEMBEDAHAN/C-SEC KETIKA BERPANTANG.

 

Kenapa penting? Ada beza ke pakaian dalam biasa dengan pakaian dalam bila nak c-sec?? Ada bezanya, sebab tu saya nak kongsikan berdasarkan pengalaman sendiri. Saya yang dah beberapa kali c-sec ni pun boleh lupa, apa lagi jika anda bakal menjalani c-sec buat kali pertama.

 

SELUAR DALAM/PANTIES UNTUK IBU YANG MELAHIRKAN SECARA PEMBEDAHAN/C-SEC KETIKA BERPANTANG.

 

Apabila ibu melahirkan baby secara caesarean section ataupun c-sec, doktor akan bedah perut ibu untuk keluarkan baby betul-betul di atas bahagian “V” ibu, di bawah bahagian perut/pusat. Kat situ luka pembedahan kita berada.

csectionscar2-450x259

Tempat berbedahan untuk mengeluarkan baby akan dibuat.

 

Penting bagi ibu untuk menyediakan seluar dalam yang selesa sebagai salah satu kelengkapan dalam beg hospital ibu. Rupa-rupanya ada banyak type/pattern seluar dalam ni. Ada yang kita tak pernah tahu pun. Takpe, sekarang kita dah tau bila baca entry ni. Ok, kat bawah ni adalah generic pattern seluar dalam yang biasa ada di pasaran untuk wanita.

types-of-underwear

9 pattern seluar dalam yang biasa ada di pasaran.

 

Perasan tak seluar dalam pattern yang low cut (hipster, bikini, boyshort etc.), pinggang seluar dalam tu akan landing betul-betul atas bahagian luka pembedahan. Haa, bayangkan.. pinggang seluar dalam tu bergesel-gesel dengan luka c-sec anda. Ngeri tak?

 

So untuk mengelakkan rasa sakit, ngilu dan tidak selesa apabila pinggang seluar dalam ibu bergesel-gesel dengan luka pembedahan ibu nanti, silalah sediakan seluar dalam yang pattern bukan di bawah pusat, cari yang boleh cover sampai ke atas perut, tak kisah pattern classic, high-cut atau control brief.

black-brown-animal-print-high-waist-control-brief-257x300

Pilihlah panties yang menutup perut, iaitu di atas bahagian pusat seperti ini.

 

Jangan sesekali pilih pattern seluar dalam yang low-cut, pinggang ngam-ngan atas luka pembedahan, siap lace-lace lagi kat pinggang tu. Yang macam ni simpan je, pakai balik dah lepas pantang nanti ye.

black-solid-french-cut-panty-257x300

No no no untuk pattern panties macam ni kalau ibu-ibu tak nak stress menahan ngilu lepas pembedahan nanti, macam saya,hihi.

 

Selain itu, kalau boleh carilah yang saiznya lebih besar sedikit dari saiz normal seluar dalam anda. Kalau biasa pakai saiz S, belilah yang saiz M. So longgar dan lebih selesa.

 

Fabrik seluar dalam juga sangat penting, pilihlah seluar dalam dari fabrik cotton supaya selesa dipakai dan boleh menyerap peluh. Ye lah, nanti nak pakai bengkung masa berpantang, perut akan mudah berpeluh.

 

Kalau anda nak suggestions dari saya, saya suka gunakan seluar dalam dari Avon, nama dia Sally. Harga pun berpatutan, dan fabriknya dari cotton yang sangat selesa. Cutting Sally ni maxi atau classic brief, jadi boleh cover sampai atas perut dan tak ganggu bahagian luka pembedahan. Avon ada banyak jenis seluar dalam yang cutting maxi, so boleh la pilih mana-mana yang berkenan. Harga pun berpatutan.

nocuriguna-katalog-avon-kempen-20-october-2016-65

Contoh seluar dalam Avon yang berpotongan maxi, sesuai untuk ibu melahirkan secara pembedahan gunakan semasa berpantang.

 

BAJU DALAM/BRA UNTUK IBU BERPANTANG.

 

Kini, sudah terdapat banyak bra menyusu/nursing bra di pasaran. Ia direka khas untuk memberi kemudahan untuk ibu-ibu menyusukan baby.

 

Untuk jenis bra yang sesuai dipakai ketika berpantang pula, adalah jenis bra yang selesa untuk kita selalu menyusukan baby kita. Nursing bra biasanya lebih efektif berbanding bra biasa apabila ibu ingin menyusukan baby. Tidak perlu mengangkat bra, hanya perlu membuka kancing yang direka khas di saat baby nak menyusu.

 

Untuk menjamin keselesaan ibu dan baby, pilihlah nursing bra dari material fabrik yang selesa, menyerap peluh dan senang diselak dan tidak keras. Contohnya dari fabrik cotton yang sejuk dan lembut. Cari saiz bra yang tepat, yang mampu menyokong keseluruhan payudara dan tidak terlalu ketat. Bra yang ketat akan menyebabkan ketidakselesaan, worst case boleh menyebabkan pembuluh darah tersumbat menyebabkan aliran susu ibu terganggu. Bra yang mempunyai dawai juga dikatakan mampu menghalang kelancaran aliran susu ibu, maka dalam tempoh berpantang ini, cubalah memakai bra tanpa dawai untuk keselesaan ibu dan baby.

 

61739002015-tips-memilih-bra-untuk-ibu-menyusui

Nursing bra yang mempunyai cangkuk/kancing khas untuk memudahkan ibu menyelak bra apabila baby ingin menyusu.

 

10155947_733647756685956_2067315243870042817_n

Sleeping nursing bra daripada material fabrik cotton yang sejuk dan selesa, mudah diselak apabila menyusukan baby.

 

Dan kalau tanya saya, saya cadangkan anda menggunakan Genie Bra ini. Genie Bra ini pernah popular satu ketika dulu. Memang sejak berpantang anak kedua lagi saya dah mula gunakan Genie Bra kerana bagi saya ia sangat selesa dan senang dijaga. Boleh basuh dengan mesin basuh saje dan kualitinya sangat bagus. Bagi saya, Genie Bra ini memenuhi keperluan seperti nursing bra juga.

20161027_144043

Genie Bra

 

Sekian perkongsian saya tentang pakaian dalam untuk ibu c-sec mengikut pengalaman saya. Sebenarnya walaupun telah 2 kali c-sec sebelum ini, jujur saya katakan saya tetap terlupa untuk meyediakan seluar dalam yang sesuai dalam beg hospital saya kali ini. Sudahnya saya terpaksa meminta bantuan nurse untuk menyediakan seluar dalam pakai buang untuk saya kerana tidak tahan dengan rasa ngilu apabila pinggang seluar dalam saya bergesel dengan luka pembedahan setelah plaster dibuka oleh doktor. Ngeri! So, ibu-ibu yang dah baca entry saya ni, anda jangan lupa pula ye!

Shaklee Independent Distributor:

NURUL ZAKEYAH ,
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak
vitaminurul@gmail.com

Related Post