Menerima orang baru atau cahaya mata dalam sesebuah keluarga pasti amat dinantikan oleh setiap pasangan suami isteri, apa lagi jika bayi yang bakal lahir bayi kembar. Pelbagai persediaan dilakukan untuk memastikan semuanya berjalan lancar dan teratur. Ibu-ibu moden kini lebih sedar akan kepentingan untuk menyusukan bayi mereka secara esklusif kerana apendedahan yang betul tentang khasiat dan kepentingan susu ibu sudah mula meluas. Memiliki bayi kembar bukanlah alasan untuk tidak menyusukan mereka secara esklusif. Berikut ada beberapa tips untuk dijadukan panduan kepada ibu bapa yang sedang menantikan kehadiran si kembar.
Antara tips penyusuan bayi kembar adalah:
1)  Banyakkan membaca, menyelidik dan menghadiri kelas persediaan penyusuan susu ibu.
2) Sekiranya boleh, letakkan kembar terus ke payu dara sebaik dilahirkan. Jika tidak boleh berbuat demikian, pastikan anda memberitahu doktor dan jururawat terlebih dahulu tentang komitment anda mahu menyusukan kembar secara esklusif.
3) Pastikan keinginan untuk menyusukan mereka jelas dan usahakan untuk mengepam dan menyimpan stok susu. Pam payu dara berganda ( double pump breast pump) merupakan pelaburan terbaik selain memudahkan dan menjimatkan banyak masa.
4) Dapatkan nasihat dan panduan pakar laktasi ketika di hospital untuk mengetahui bagaimana menyusukan kembar dengan baik. Anda mungkin mengalami kesakitan puting apabila menyusukan kedua-dua bayi. Kesakitan pada puting biasa berkait rapat dengan posisi dan lekapan menyusu yang salah. Dapatkan panduan dari pakar laktasi untuk mengelakkan masalah tersebut.
5) Adalah biasa jika seorang bayi cepat melekap berbanding seorang bayi lagi. Anda boleh susukan bayi yang senagn dahulu supaya anda punya banyak masa untuk mengendalikan bayi seorang lagi. Dapatkan bantal penyusuan yang besar untuk memuatkan kedua-dua bayi serentak.
6) Bekalan susu anda dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kekerapan penyusuan bayi/ kekerapan anda  mengepam susu dan kondisi kesihatan tubuh anda sendiri. Apabila permintaan (demand) untuk menyusu lebih banyak, maka penghasilan(supply) susu badan anda akan turut meningkat. Yakinlah bahawa anda pasti dapat menghasilkan amaun susu yang sesuai dengan keperluan kembar anda.
7) Kesihatan tubuh ibu juga perlu dititik beratkan, dapatkan rehat yang cukup, elakkan stress dan amalkan pengambilan makanan tambahan/ supplement natural sepanjang berpantang dan menyusu untuk memastikan tubuh anda mendapat nutrien yang cukup.
Semoga tips ini dapat membantu serba sedikit persediaan ibu yang merancang atau sedang hamil si kembar.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Set Berpantang dan Set Penyusuan Shaklee, sila klik sini.
Untuk mendapatkan Breastpump terbaik Medela Freestyle dengan harga termurah di pasaran, sila klik sini.
Shaklee Indipendent Distributor- ID: 889149 (NURUL ZAKEYAH)
leonora.firman@gmail.com
WhatsApp/sms: 017- 423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Puchong

Related Post