Baca DI SINI untuk Pengalaman Berpantang dengan Confinement Lady Part 1.

 

Selepas lunch saya akan pam susu lagi sekali dan direct susukan baby Eisya sebelum berehat. Biasanya masa rehat dari pukul 3 – 5 petang saya akan gunakan untuk scroll Facebook, settlekan urusan bisnes secara online, baca buku ataupun tidur. Masa rehat ni, Kak Anda akan tidurkan baby Eisya di biliknya.

pengalaman-berpantang-dengan-confinement-lady-12

Sepanjang hari saya akan minum air kosong yang dicampurkan dengan hirisan limau dan halia bentong. Air ni bagus untuk buang angin dalam badan serta mengempiskan perut 🙂

 

Kak Anda sangat mementingkan penyususan susu ibu. Saya ni malas nak pam selalu, tapi Kak Anda selalu ingatkan. Katanya rugi tak pam sebab susu saya banyak, kena konsisten pam supaya makin banyak susunya. Biasanya susu yang saya pam akan Kak Anda gunakan ketika saya berehat ataupun tengah malam. Eisya ada jaundice sampai hari ke 14, so Eisya banyak tidur saje. Bila direct susukan Eisya, dia akan minum sikit je dan terus tertidur. At least bila Eisya minum susu perahan guna botol, bolehlah sukat berapa Oz baby dah minum. Lagi banyak baby minum lagi bagus supaya jaundice baby cepat baik. Banyak jugalah stok saya dapat buat masa berpantang tu. Alhamdulillah Set Bersalin Shaklee banyak membantu untuk buat susu saya jadi banyak dan pekat.

pengalaman-berpantang-dengan-confinement-lady-9

Wajib selalu pam walaupun baby ada dengan kita, sebab baby biasanya suka tidur je lagi-lagi kalau ada jaundice.

 

Selepas Asar, Kak Anda akan sediakan minum petang untuk saya. Tak sempat lapar lah bila ada orang jaga kita ni, tu yang seronok. Biasanya saya makan buah untuk minum petang. Kak Anda juga sediakan air rebusan kurma merah, barli, halia Bentong, longan kering dan gula batu untuk saya. Air rebusan ni bagus untuk keluarkan angin dan banyakkan susu kita. Bahan-bahan nak buat air ni biasa di jual di kedai-kedai ubat cina. Rasa dia sedap, ala-ala laicheekang kat kedai tu. Kadang-kadang saya makan kerepek tempe yang Kak Anda bawa.  Sambil saya minum petang tu, Kak Anda akan mandikan baby, kemudian saya akan susukan baby dan main-main dengan baby.

pengalaman-berpantang-dengan-confinement-lady-11

Air rebusan kurma merah, halia bentong, barli, longan kering dan gula batu.

 

Kemudin, saya akan mandi dengan air suam. Biasanya waktu ni suami dan anak-anak akan sampai di rumah. Bila anak-anak balik, havoc sikit rumah, diorang akan ambil peluang ni untuk cium dan gomol baby. Lepas mandi saya akan dinner, ratah lauk pauk tanpa nasi. Kak Anda selalu tanya nak masakkan apa untuk suami dan anak-anak, tapi suami taknak susahkan Kak Anda. Dia akan keluar makan malam dengan kawan-kawan, kadang-kadang dia skip je dinner. Anak-anak pula makan apa je lauk yang Kak Anda masak untuk saya. Suap je diorang akan makan.

 

Selepas Maghrib Kak Anda akan berehat untuk solat. Suami akan main-main dengan baby sampai baby tertidur. Biasalah, baby ni kerjanya tidur aja. Eisya memang sangat senang nak jaga, tak meragam langsung. Kak Anda selalu puji Eisya cakap dia good girl. Biasanya pukul 10 malam, saya dan Kak Anda akan tengok drama di TV. Kak Anda memang kaki drama sampai saya pun terjebak sama. Masa tu musim cerita Patahnya Sebelah Sayap di TV3 dan Surihati Mr. Pilot di Astro. Malam kami akan tengok cerita Patahnya Sebelah Sayap, sebab esok boleh tengok cerita Surihati Mr. Pilot yang Astro akan ulang tayang 2 kali pada pukul 10 pagi dan 4.30 petang. Haha. Kak Anda akan bercerita tentang artis-artis yang pernah dia jaga masa berpantang. Antaranya Intan Sarafina, isteri Dr. Fadzli, adik Azza Elite yang masuk AF tu (tak ingat nama) dan ramai lagi. Kelass tak Kak Anda 🙂

 

Pukul 11 malam saya akan pam susu sekali lagi. Sebelum tidur, Kak Anda akan tolong saya pakaikan bengkung.  Biasanya Kak Anda akan tidur dengan baby Eisya dan biarkan saya berehat malam. Disebabkan Eisya masih ada jaundice ketika itu, Kak Anda akan kejutkan Eisya untuk bangun minum susu setiap 2 jam sepanjang malam. Hasilnya Eisya akan berak kaler kuning banyak-banyak keesokannya. Lebih kurang pukul 4 pagi, Kak Anda kan hantar baby untuk tidur dengan saya sampai pagi. Letih tau jadi confinement lady ni tau, bukan semua orang boleh buat. Kena ada kemahiran dan tenaga.

 

Begitulah rutin harian saya ketika Kak Anda menjaga saya. Puas hati sangat dengan khidmat Kak Anda. Masa suami nak hantar Kak Anda balik, memang banjir lah sedih sangat. Yelah, dia jaga saya macam jaga anak sendiri. Dan Kak Anda baik sangat, saya selesa sepanjang dia tinggal dengan saya.

 

Masa tengah jaga saya, Kak Anda ada ambil cuti 3 hari sebab dia nak balik keSurabaya, ada kenduri kesyukuran di kampungnya. Masa datang sini balik, dia bawakan banyak buah tangan dari sana macam buah avocado, kerepek tempe an kuih tradisional di sana, lupa dah apa namanya. Kak Anda ni selalu balik kampung tau, setahun tu ada la 3 4 kali. Jangan tak tau keluarga Kak Anda di sana pun siap pakai maid lagi tau.

pengalaman-berpantang-dengan-confinement-lady-8

First time saya jumpa avocado besar macam ni. Kenyang makan sebiji ni. Avocado ni dari pokok yang Kak Anda tanam sendiri di kampungnya di Surabaya.

 

Ok, nilah part yang ramai tertunggu-tunggu, sebab ramai sangat yang tanya berapa harga khidmat confinement lady ni? Sebenarnya range harga kena tengok dari segi apakah perkhidmatan yang confinement lady tu beri, tempoh perkhidmatan dan kawasan juga. Kalau kat KL ni, range harga dari RM2500- RM4000 untuk 2 minggu. Kena rajin buat survey. Setiap confinement lady lain-lain, sebab tu saya cakap lebih baik hire confinement lady yang kawan kita recommend.

 

Macam Kak Anda, bayarannya ialah RM3000 untuk 2 minggu, RM6000 untuk sebulan. Kalau anda tinggal negeri lain saya tak tau berapa caj yang dikenakan, sebab Kak Anda ni tinggal di KL. Bengkung dan barang-barang mentah untuk masak kita yang sediakan. Kak Anda sediakan peralatan mandi serum, berurut, bertungku, param, pilis dan krim panas untuk berbengkung. Bagi saya caj Kak Anda ni dah berpatutan sangat-sangat, sebab saya dah buat survey. Kalau pusat-pusat penjagaan dalam pantang yang komersial tu, caj untuk perkhidmatan yang sama macam Kak Anda beri adalah dalam RM4000. Ada juga kawan-kawan yang cakap ada confinement lady yang lagi murah, tapi bila minta contact number semua tak tau, sebab kawan kepada kawan kepada kawan dia yang ambik confinement lady tu. Biasalah camtu kan. Ada juga confinement lady yang caj harga yang sama tapi tak tinggal bersama kita. Pokoknya kena rajin buat survey dan book awal-awal. Karang harga dah cantik, date pula tak kena sebab dah ditempah orang lain.

 

pengalaman-berpantang-dengan-confinement-lady-10

Bergambar kenangan dengan Kak Anda sebelum suami hantar Kak Anda pulang masa last day.

Banyak benda baru yang saya belajar dari Kak Anda walaupun ini adalah kali ketiga saya berpantang. Lepas jaga saya ni, ada 2 orang lagi kawan saya yang dah book Kak Anda untuk jaga diorang berpantang tau. Kak Anda pun ada bagitau yang jadual dia pun dah full sampai tengah tahun 2017. Hopefully entry tentang pengalaman berpantang dengan confinement lady ni dapatlah menjadi rujukan kawan-kawan yang berhasrat nak menggunakan perkhidmatan mereka. Kalau mampu apa salahnya kan, tak perlu susahkan mak kita di kampung dan kita pun boleh berpantang betul-betul kan?

 

Untuk info lanjut atau pesanan produk Shaklee:

Sms / Whatsapp : 017-423 8980
Pm di fb : Jacky Bass (SID 889149)
Pengedar Shaklee Di Gong Badak, Unisza, UMT, Kuala Terengganu & Kuala Berang, Terengganu.

Related Post