Assalamualaikum dan happy holiday kepada semua pembaca Vitaminurul.com.

 

Sebenarnya saya berhutang pos berkenaan FPP ni dah lama dari kawan-kawan terdekat. Baby Elea pon dah 7 bulan..Tapi baru sekarang saya dapat melunaskan janji pada kalian. Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya sebagai panduan kepada kawan-kawan pembaca yang berminat untuk melahirkan baby di Full Payment Patient (FPP) Scheme di Hospital Selayang.

 

Full Payment Patient Scheme (FPP) so called private wing di Hospital Kerajaan hanya terdapat di Hospital Selayang, Hospital Putrajaya dan Hospital UKM. Bermulanya saya mengetahui tentang FPP, apabila saya sedang mengandung 6 bulan, rasa risau dan resah sebab masih belum tau di mana nak melahirkan baby. Untuk pengetahuan, saya melakukan pregnancy check up di dua tempat sepanjang kehamilan iaitu di Hospital Naluri Wangsa Maju dan Klinik Kesihatan Jalan Gombak. So, di KK Jalan Gombak saya memiliki buku rawatan pink, tapi di Hospital Naluri saya tidak diberikan sebarang buku rekod progression baby saya, sedangkan saya masih belum tahu akan melahirkan baby di Terengganu (my hometown) ataupun di KL. So, saya sedikit tidak gembira untuk deliver di Hospital Naluri. Perasaan ini ditambah lagi apabila melihat wad Hospital Naluri yang agak sempit dan tidak  selesa untuk family members menjaga saya selepas deliver nanti.Mungkin waktu tu pembawakan budak, saya memang cukup cerewet tentang semua perkara.

 

Saya mula membuat carian di internet, dan mendapat tahu tentang FPP Scheme, saya pun terus menghubungi kaunter FPP Hospital Selayang untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Setelah diberi penerangan, saya pun menetapkan temujanji dengan Dr. Haji Mohamed Roslan, Ketua Jabatan dan Pakar Perunding, Jabatan Obstetrik  dan Ginekologi Hospital Selayang. Anda boleh klik sini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang FPP Scheme ni.

 

 Inilah bilik saya di FPP Scheme, Hospital Selayang.

 

Ruang yang sangat luas, memang selesa untuk keluarga saya berkampung menjaga saya di sini.

 

 Bilik yang cukup cantik dan privasi, dengan kemudahan bilik air, tv dan kerusi tetamu.

 

 Baby Eleanoor, fresh from oven!

 

Di sinilah segalanya bermula, setelah bertemu dengan Dr. Roslan untuk pemeriksaan kandungan buat pertama kali, saya dan suami terus membuat keputusan untuk melahirkan baby kami di sini. Oleh kerana saiz baby yang dianggarkan lebih kurang 4kg oleh Dr. Roslan, saya dinasihati supaya bersedia untuk bersalin melalui kaedah caesarean section. Namun begitu, saya still berikhtiar untuk melahirkan baby secara normal.Allah sudah tentukan baby saya lahir melalui c-sec juga akhirnya, pada hari Isnin,16 July 2012, baby perempuan kami selamat dilahirkan pada pukul 12.06 noon, dengan berat 3.89kg, sehari selepas hari jadi papanya yang ke-28.. Inilah kenangan paling indah dalam hidup saya, melahirkan baby perempuan kami, Eleanoor Raudhah Binti Noor Khamirul Azwan. Sebaik sahaja baby Elea keluar dari perut saya, doktor terus meletakkannya di dada saya untuk direct feeding. Hospital Selayang memang merupakan hospital mesra bayi dan mementingkan penyusuan susu ibu.. Dan yang paling saya suka, jika anda menggunakan FPP Scheme, anda boleh menerima tetamu pada bila-bila masa sahaja, tidak perlu ikut jadual lawatan yang ditetapkan.

 

Saya berada di wad selama 4 hari 3 malam. Saya sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh Dr. Roslan, doktor-doktor pakar lain yang membantu sepanjang bembedahan dijalankan, dan juga jururawat-jururawat Hospital Selayang yang membantu sepanjang saya di sana. Jumlah bil kami untuk semua perkhidmatan yang diberikan selama 4 hari tersebut adalah +- RM3,700.00, memang berbaloi.

 

So, kepada kawan-kawan pembaca yang berminat untuk melahirkan baby anda di FPP Scheme Hospital Selayang, boleh jadikan pengalaman saya ini sebagai rujukan dan panduan, banyakkan doa, In Sha Allah segala urusan dipermudahkan.

 

Eleanoor Raudhah almost 7 months today!! Membesar dengan sihat dan kuat!
Fully breastfeed till today, In Sha Allah akan diteruskan sehingga usia Eleanoor 2 tahun.

 

Baca entry terbaru saya tentang FPP Hospital Selayang DI SINI

 

Untuk konsultasi Supplement Shaklee (cadangan vitamin semasa HAMILBERPANTANG dan PENYUSUAN BAYI DENGAN SUSU IBU, boleh hubungi saya ya!

 

Shaklee Indipendent Distributor- ID: 889149 (NURUL ZAKEYAH)
vitaminurul@gmail.com
WhatsApp/sms: 017- 423 8980
COD: Batu Caves & KLCC area

Related Post