017-423 8980 vitaminurul@gmail.com

PENGALAMAN PERTAMA ANAK-ANAK HIKING DI BUKIT BESAR, KUALA TERENGGANU

hiking bukit besar kuala terengganu 5

Aktiviti hiking atau mendaki bukit sudah menjadi salah satu aktiviti fizikal kegemaran saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Lokasi saya tinggal yang dekat dengan banyak bukit-bukit rekreasi di Terengganu memudahkan saya menjadikan aktiviti hiking sebagai salah satu hobi saya. Antara bukit-bukit yang berhampiran dengan saya adalah seperti Bukit Maras, Bukit Tok Salai, Bukit Besar dan Bukit Lubuk Batu.

Jika tahun-tahun sebelum ini, saya banyak hiking bersendirian atau bersama beberapa orang kawan rapat, tapi tahun 2021 saya telah berjaya ‘meracun’ suami untuk turut sama terjebak dalam aktiviti hiking. Berdua lebih baik kan? Dapat spend masa sama-sama, sambil sihat sama-sama. So, sepanjang 2021, boleh dikatakan setiap hari Sabtu, saya akan bawa suami explore bukit-bukit yang selalu saya daki. Dia cuma cuti sehari seminggu pada hari Sabtu, so kami spend masa lebih kurang 2 jam pada waktu pagi untuk hiking.

hiking bukit besar kuala terengganu 4

Suatu hari, suami cadangkan supaya kami mula ajak anak-anak pula untuk hiking bersama. Anak-anak pun dah besar, rasanya dah kuat untuk mendaki sendiri. Eleanoor dah 9 tahun, Eidlan 7 tahun dan Eisya 5 tahun. So last week, kami bawa diorang follow kami hiking, sebagai permulaan kami bawa diorang ke Bukit Besar yang berada di tengah bandar Kuala Terengganu. Selalunya bila diorang lalu kat tengah bandar tu, diorang akan perhati tulisan ALLAH PELIHARAKAN TERENGGANU tu, so kali ni kami bawa diorang naik dan tengok sendiri suasana kat atas Bukit Besar ini.

hiking bukit besar kuala terengganu 3

Laluan jalan tar, trek A & trek B dari udara.

Bukit Besar mempunyai ketingian 156 meter, yang mana tidaklah begitu tinggi dan sesuai untuk beriadah bersama anak-anak. Terdapat 3 laluan yang boleh dipilih oleh pengunjung iaitu laluan jalan tar, trek A dan trek B. Trek A & B memerlukan pengunjung untuk melaui jalan denai dan jaraknya lebih jauh. Laluan trek A akan membawa pengunjung melalui Bukit Rohok manakala trek B akan melalui Bukit Tobak. Laluan trek B lebih jauh berbanding trek A, tapi kedua-dua laluan akan membawa pengunjung sampai ke Bukit Botok sebelum turun melalui jalan tar. Jadi atas Bukit Besar ini ada 3 bukit iaitu Bukit Botok, Bukit Rohok dan juga Bukit Tobak. Ramai yang biasa lalu jalan tar sahaja sebab tak familiar tentang laluan trek A dan trek B ini. Bagi 1st timer, jangan bimbang untuk mencuba laluan trek A dan trek B. Walaupun laluan dalam hutan, Insahaallah boleh nampak jalan dan tak akan sesat.

hiking bukit besar kuala terengganu 2

Jadi kami pilih laluan jalan tar sebagai pengenalan untuk anak-anak. Kami mula agak lambat, lebih kurang jam 10 pagi sebab pagi tu hujan dan kami sengaja tak nak pergi masa orang ramai. Biasanya waktu pagi hari  minggu, memang ramai orang berkunjung ke situ sama ada yang naik Bukit Besar atau yang jogging di Taman Rekreasi Hiliran di kaki Bukit tersebut. Jadi masa kami sampai tu, hanya tinggal beberapa orang saja di sana dan cuaca pun teduh jer sebab Bukit Besar ni banyak pokok, so tak risau panas. Anak-anak semua excited, siap boleh berlari naik bukit, tak nampak susah pun bagi diorang. Lebih kurang 30 minit mendaki dan sampai, not bad for 1st time, kudos E’noors! Bila dah sampai ke puncak, kami bergambar dan bagi diorang makan bekal sambil rehat. Dalam masa yang sama saya dan suami bergilir untuk turun dan naik bukit sekali lagi untuk cukupkan target langkah dan calory burn kami. Bila semua dah selesai, kami bawa anak-anak ke Bukit Botok untuk bergambar. Suasana sangat best sebab angin kuat dan sejuk. Dah puas bergambar dan jawab macam-macam soalan diorang, barulah kami beransur turun dan pulang.

hiking bukit besar kuala terengganu

So far anak-anak happy dan tak serik, siap request nak naik bukit yang lagi tinggi lagi lepas ni. Bila tanya ada rasa sakit kaki (muscle sore) tak lepas mendaki, Alhamdulillah semua cakap tak ada sakit kaki. Inshaallah tahun baru 2022 ni kami akan bawak anak-anak mendaki semua bukit-bukit berhampiran yang selalu kami daki. Dapatlah bagi pengalaman baru pada diorang sambil spend quality time dengan mama papa.

Sedikit tips untuk bawa anak-anak kecil mendaki:

1) Sediakan pakaian dan kasut yang sesuai untuk mereka. Anak-anak saya pakai kasut sekolah je, asalkan selesa dan tapak kasut tidak licin.

2) Pastikan mereka cukup rehat/tidur, makan sedikit alas perut sebelum memulakan pendakian agar mereka ada tenaga dan tidak cepat letih.

3) Mulakan dengan bukit yang tidak terlalu tinggi dan mempunyai trek laluan yang tidak mencabar sebagai permulaan.

4) Bawa bekalan air masak dan makanan yang cukup untuk persediaan jika mereka berasa lapar dan dahaga.

5) Manage their expectation, contohnya beritahu siap-siap kena jalan kaki agak jauh, mungkin akan penat sedikit tapi pemandangan di puncak bukit nanti sangat cantik. Beri semangat agar mereka seronok melakukan aktiviti yang sihat.

hiking bukit besar kuala terengganu 6

Bagi korang yang juga minat hiking dan terfikir nak bawa anak-anak kecil hiking, saya harap entry ini sedikit sebanyak dapat membantu. Selamat tahun baru 2022, semoga tahun ini membawa lebih rezeki, kasih-sayang, kesihatan dan kejyaan pada kita semua. Assalamualaikum.

 

Jom follow saya di social media:

 Facebook: Jacky Nurul Zakeyah

Instagram: @jacky_nurul_zakeyah

Youtube: Vitaminurul TV

Whatsapp: 017-423 8980

VITAMINURUL.COM
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu, Kuala Nerus & Kuala Berang, Terengganu.