Moldiv_1434822990998

Mengikut kajian National Health & Morbidity, dianggarkan bahawa 1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius. Ia boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Dalam jangkamasa panjang ia akan memberikan impak negatif  terhadap kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular. Pernah tak anda membuat ujian kolesterol? Sebenarnya masih ramai individu yang masih tidak sedar bahawa paras kolesterol mereka terlalu tinggi dan perkara ini amat membimbangkan.

 

Semalam selepas saya membaca satu petikan akhbar tentang bahaya kolesterol jahat dalam tubuh kita, saya terfikir macamana rupa kolesterol ni? Maksudnya macamana bentuk kolesterol, dari mana datang kolesterol, kat mana dia duduk dalam badan kita? So saya terus buat sedikit carian dan mengarang entry ini, semoga memberi manfaat kepada pembaca-pembaca blog ini.

 

APA ITU KOLESTEROL?

Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu,dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

 

DUA SUMBER UTAMA KOLESTEROL

Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati kita tetapi ia juga boleh diperolehi daripada makanan harian kita. Kolesterol yang kita maka  akan meningkatkan paras kolesterol darah kita. Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.

Cholesterol1

Sumber Kolesterol

 

BAGAIMANA KOLESTEROL BOLEH MENYEBABKAN PENYAKIT JANTUNG?

Terdapat dua jenis kolesterol utama dalam darah kita:

  • LDL (Low -density lipoprotein)
  • HDL (High-density lipoprotein)

cholpatientfig1

LDL dikenali sebagai kolesterol jahatkerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam salur darah kita. Plak ini akan menyumbat saluran darah dan menyekat aliran darah, seperti yang berlaku ketika serangan jantung atau angin ahmar.

Sebaliknya  kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan ‘membersihkan’ saluran darah.

Oleh yang demikian, untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, kita hendaklah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah.

 

PENYAKIT-PENYAKIT UTAMA AKIBAT KOLESTEROL TINGGI

Jika anda mempunyai tinggi kolestrol:

  • Risiko serangan jantung meningkat sebanyak 15.6%
  • Risiko angin ahmar meningkat sebanyak 11%
  • Risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tingi, penyakit hati seperti hati berlemak, dan masalah ketidakseimbangan hoormon yang akan memjejaskan fungsi seksual.

 

APAKAH PENYEBAB UTAMA TINGGI KOLESTEROL?

Makanan Malaysia yang tinggi lemak serta kalori adalah di antara punca terjadinya masalah tinggi kolesterol. The American Heart Association menyesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari, manakala bagi mereka yang menghidap penyakit jantung hendaklah menghadkan pengambilan kolesterol kurang daripada 200mg sehari.

Namun, cuba anda bayangkan anda mengambil menu kegemaran anda seperti berikut:

Sarapan pagi:

f5521

2 keping roti canai (350mg kolesterol)

Makan tengahari:

Yb4FaR3QkgmsMM

Nasi lemak (213mg kolesterol)

Makan malam:

MG_6368Char Kway Teow (235mg kolesterol)

Anda pasti tidak menyangka bahawa anda telah mengambil sebanyak 798mg kolesterol! Iaitu hampir 3 kali ganda dari pengambilan harian yang disyorkan!

 

BERTINDAK HARI INI! Rendahkan paras kolestrol darah anda secara semulajadi.

  • Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut.
  • Lakukan senaman dengan lebih kerap.
  • Turunkan berat badan.
  • American National Institutes of Health (NIH) menyesyorkan penambahan Fitosterol ke dalam diet harian kita bagi menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.

 

 ATASI MASALAH KOLESTROL ANDA SECARA SEMULAJADI DENGAN FITOSTEROL

Apa itu Fitosterol?

Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian, bijirin dan minyak sayuran. Lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan dalam penerbitan saintifik mengakui keberkesanan dan keselamatan fitosterol.

Bagaimana Fitosterol Berkesan?

Cholesterol-Examples-2-5-x4-300-copy1

Apabila sterol dan stanol diambil, hanya sedikit kolesterol dapat diserap oleh saluran darah.

Struktur fitosterol adalah hampir sama seperti kolesterol. Dengan pengambilan fitosterol, terjadi persaingan dengan kolesterol untuk menyerap dalam sistem penghadaman. Hasilnya, penyerapan kolesterol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama dengan fitosterol. Maka, lebih banyak kita mengambil fitosterol, maka semakin kurang kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk kita menurunkan paras kolesterol LDL.

The American National Institutes of Health (NIH) mengesyorkan pengambilan 2000mg Fitosterol dalam diet harian kita untuk membantu menuurnkan paras kolesterol secara semulajadi.

Nak tahu apa revolusi terbaru Shaklee dalam membantu kita mendapatkan Fitosterol dalam diet harian kita? Nantikan kupasan saya tentang produk terbaru Shaklee ini iaitu PHYTOCOL-ST, yang bertindak secara semulajadi untuk merendahkan paras kolesterol.

phytocol-st-cholesterol

Shaklee Phytocol-ST

– Phytocol-ST™ ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh.

– Mengandungi bahan-bahan yang terbukti secara klinikal, dan disokong oleh lebih 80 kajian, berkesan dalam merendahkan paras kolesterol LDL secara semulajadi.

– Dirumus daripada campuran sterol & stanol.

– Membekalkan 2,000mg sterol & stanol tumbuhan setiap hari, mengikut saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)

 

KLIK SINI untuk info lengkap tentang Shaklee Phytocol-ST.

 

Shaklee Independent Distributor:
 
NURUL ZAKEYAH ,
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak
vitaminurul@gmail.com

Related Post