Assalamualaikum pembaca yang saya sayangi dan hargai. Hari ini saya ingin kongsikan tentang pengalaman saya menyusukan anak kedua saya secara esklusif dengan susu badan. Alhamdulillah anak kedua saya kini telahpun berusia 5 bulan dan membesar dengan sihat dan cergas.

E copy

Eidlannoor Salahuddin

Anak pertama saya juga disusukan secara esklusif dengan susu ibu. Pengalaman dengan anak pertama membuatkan perjalanan penyusuan dengan anak kedua saya lebih mudah. Kata orang, belajar dari pengalaman. Bagi saya, jika kita ada ilmu dalam sesuatu perkara, maka apa yang kita lakukan akan menjadi lebih mudah. Dengan pembacaan, sokongan suami dan ibu saya dan sedikit pengalaman sendiri, Alhamdulillah saya berjaya menjayalan penyusuan susu ibu kepada kedua-dua anak saya.

Saya mula mengepam susu pada hari ke-3 saya berpantang kerana saya terasa dada saya memberat dan mahu megelakkan bengkak susu berlaku. Tips untuk ibu-ibu semua, bermulalah dari awal. Jangan tunggu nak mula masuk kerja baru  nak mengumpul susu perahan. Walaupun hasil pam kita hanya sekadar 2 oz, sikit-sikit, lama-lama penuhlah satu peti ais tu nanti. Jangan malas, jangan selesa, disiplin dalam mengepam sangat penting. Kerana apabila kita mengepam, kita sebenarnya mengajar badan kita untuk menghasilkan susu badan secara banyak dan berterusan. Prinsip asas penyusuan adalah SUPPLY & DEMAND. Apabila badan kita menerima isharat baby asyik minum susu je (direct feeding ataupun mengepam) maka badan akan rasa bayi memerlukan lebih banyak susu, dan akan memenuhi keperluan itu. Bijakkan tubuh kita ni.

Inilah hasilnya, kolostrum atau susu awalan yang sangat berkhasiat buat bayi. Warna kolostrum adalah kuning berbanding susu yang keluar kemudian yang berwarna putih. Kolostrum adalah sedikit berminyak dan melekit, tidak seperti susu yang cair dan mudah keluar dari puting breast. Khasiat kolostrum ini amat tinggi. Kandungan proteinnyaadalah 3 kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin. Keep on direct feeding your baby, kerana mulut baby anda sangat ajaib. Mereka dapat merangsang penghasilan susu anda menjadi semakin banyak.

090814 copy

Susu perahan saya yang pertama pada hari ke-3 di hospital

170914 copyBeza warna kolostrum dan susu kemudian

Saya mula berpantang di rumah ibu saya di Terengganu, setiap hari saya akan mengepam susu badan pada waktu pagi kira-kira pukul 8.00 pagi ketika anak saya masih lagi nyenyak tidur. Salah satu tips saya untuk menjaga penghasilan EBM (express breast milk) ialah mengepam pada masa yang sama setiap hari, kerana kita memberi signal kepada badan dan otak kita yang pada jam tersebut bayi memerlukan lebih susu, dan badan akan bersedia untuk menghasilkan lebih susu badan pada waktu tersebut setiap hari.

Oleh kerana peti ais ibu saya sudah penuh dengan barang-barang dapur miliknya, maka saya mengambil initiatif untuk mengirimkan EBM yang telah dibekukan ke peti ais rumah saya di KL setiap minggu melalui suami saya yang pulang melawat kami setiap minggu. Perjalanan dari Terengganu ke KL mengambil  masa 6 jam, maka untuk memastikan EBM saya tidak cair dan rosak sepanjang perjalanan, saya meletakkannya ke dalam cooler box yang telah kami beli sebelum ini. Jika anda tiada cooler box yang biasa digunakan oleh kaki-kaki pancing tu, anda juga boleh menggunakan polisterin dan memasukkan lebih ais ke dalam polisterin tersebut. Apabila sampai ke tempat dituju, segera pindahkan EBM ke dalam ruang sejuk beku di dalam peti ais. Begitulah yang kami lakukan setiap minggu.

EBM yang telah dibekukan hendaklah digunakan dalam tempoh 24 jam selepas ia menjadi cair. Oleh itu, sangatlah penting untuk kita memastikan EBM kekal beku sepanjang masa ketika proses pemindahan EBM dilakukan.

1Gambar kiriman EBM Terengganu-KL saya setiap minggu selama berpantang

Selepas habis berpantang, saya kembali ke KL dan memeruskan rutin mengepam saya seperti biasa. Cuti bersalin saya selama 2 bulan berlalu dengan begitu cepat. Di pejabat, saya akan mengepam sebanyak 2-3 kali sehari pada pukul8.30 pagi, 12 tengahari dan 4 petang. Alhamdulillah, setiap kali pam saya dapat mengumpul 8-11 oz EBM.

2

 Hasil EBM saya setiap kali mengepam, 8-12 0z

Selain disiplin mengepam mengikut jadual, saya juga mengamalkan Set Breastfeeding Shaklee sebagai milkbooster saya dan juga untuk memastikan saya bertenaga sepanjang hari walaupun bekerja dan menyusukan anak saya secara esklusif. Saya sangat berpuas hati dengan hasil yang saya perolehi dengan mengamalkan Set Breastfeeding ini. Ia terdiri daripada:

  • Energizing Soy Protein (ESP)
  • Vitalea multivitamin with Iron Formula
  • B Complex
  • Sustained Release Vita C
  • Alfalfa Complex
  • Ostematrix

Saya sangat mengesyorkan ibu-ibu yang menyusu untuk mengamalkan Set Breastfeeding Shaklee ini untuk membantu perjalanan penyusuan anda. Hubungi saya dan dapatkan konsultasi yang lengkap tentang penggunaan Set Breastfeeding Shaklee ini apabila anda membuat pembelian dari Vitaminurul.com. Saya sedia membantu  kerana breastfeeding adalah passion saya. Baca lebih info tentang kelebihan penyusuan susu ibu kepada ibu dan bayi DI SINI.

10403215_10202399915999195_4682501608630979365_n

KLIK SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang Set Breastfeeding Shaklee.

Shaklee Independent Distributor:

NURUL ZAKEYAH
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves, Gombak dan sekitarnya
vitaminurul@gmail.com
FB page: Kedai Vitamin Batu Caves & Gombak

Related Post