Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam April buat semua pembaca yang saya hargai. Bulan ini adalah bulan untuk memberi untuk saya. Saya yakin, lebih banyak kebaikan yang kita beri, maka Allah akan aturkan lebih banyak kebaikan yang akan kita terima. Setelah berfikir-fikir, apakah lagi added value yang boleh saya berikan kepada pembaca melalui platform Vitaminurul.com, maka saya telah mendapat idea untuk memulakan 1 projek yang saya beri nama Projek #CeriteraSusuIbu_byJacky.

ceriterasusuibu

#CeriteraSusuIbu_byJacky adalah satu projek yang akan saya jalankan untuk berkongsi cerita tentang pemahaman tentang penyusuan susu ibu secara intensif untuk semua ibu-ibu di luar sana. Projek ini berkisar tentang permasalahan yang sering dibangkitkan oleh kebanyakan ibu-ibu baru iaitu “SUSU SAYA TAK CUKUP UNTUK BAYI SAYA”, “BAGAIMANA NAK BANYAKKAN SUSU BADAN”, dan sebagainya. Bersumberkan beberapa bahan bacaan dan pengalaman saya dan sahabat-sahabat breastfeeding saya, saya akan menulis tentang topik ini di sini.

Feel free to follow my blog to also share your stories and left me your questions. Semoga dengan projek ini, ibu-ibu mendapat manfaat dan menjalani penyusuan susu ibu dengan lebih indah, dan memberi info kepada ibu-ibu yang pernah mengalami masalah “SUSU SAYA TAK CUKUP UNTUK BAYI SAYA” DAN “BAGAIMANA NAK BANYAKKAN SUSU BADAN” ini.

Seperti banyak perkara lain, pemahaman kita tentang penyusuan susu ibu adalah dipengaruhi oleh “kata-kata orang tua” yang mempunyai kesan yang kuat ke atas perasaan dan minda kita. Kita mempunyai kecenderungan untuk menerima apa yang masyarakat katakan sebagai benar, tetapi hakikatnya bukan semua cerita yang dibawa adalah tepat terutamanya di dalam konteks untuk banyakkan susu badan atau susu ibu. Belajar untuk membezakan antara mitos penyusuan dan kebenaran yang membantu kita untuk memahami dengan lebih jelas apa yang berlaku dan mencari penyelesaian terbaik.

Alhamdulillah, saya telah berjaya menyusukan anak pertama saya secara eksklusif selama 2 tahun, dan kini sedang menyusukan anak kedua saya pula yang sudah berumur 8 bulan, juga secara eksklusif dengan susu badan saya. Perjalanan penyusuan dengan anak kedua pastinya lebih mudah kerana sudah banyak perkara yang dipelajari semasa menyusukan anak pertama dahulu. InshaAllah persoalan anda tentang masalah-masalah asas penyusuan akan terjawab dan lebih mudah untuk anda menperbanyakkan susu badan anda.

So stay tune, keep checking Vitaminurul.com from time to time ok.

Salam sayang,

Nurul Zakeyah a.k.a Jacky Bass
Shaklee Distributor anda
sms/whatsapp: 017-423 8980

Related Post