Bila jadi ibu ni, kadang-kadang kita rasa malas nak masak atau keluar beli lunch di luar. Tapi mengenangkan ada 3 perut lain yang perlu di isi (perut anak-anak comel la) maka paling tidak pun, kena juga la masak makanan yang simple tapi mengenyangkan mereka. Dah tak boleh fikir perut sendiri aje kan.

 

So hari ni saya nak kongsikan resepi mudah untuk mak-mak semua sediakan bilaman penyakit malas datang melawat sekali-sekala tu. Bahan-bahan nak sediakan resepi ni juga biasanya memang wajib ada kat setiap dapur.

 

cucur bilis lembut mudah

Cucur bilis lembut extra sayur saya.

 

RESEPI CUCUR BILIS LEMBUT DAN MUDAH (EXTRA SAYUR)

Bahan-bahannya:

3 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 genggam ikan bilis
Setengah cawan bawang besar Holland – potong dadu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 cawan air suam
1 cawan bayam brazil (boleh juga guna sawi)
Sedikit daun bawang
Setengah cawan kobis
Minyak untuk menggoreng
Cara menyediakan:

 

Masukkan tepung gandum, telur, gula, garam dan air di dalam 1 bekas dan gaul sekejap. Tak perlu gaul sehingga likat sangat, biarkan berketul-ketul sedikit sebab kita tak nak campuran tadi jadi berat. Inilah rahsia cucur bilis yang lembut di dalam dan rangup di luar. Kemudian masukkan ikan bilis, bawang Holland, bayam brazil, daun bawang dan kobis. Gaulkan gitu-gitu aje.

 

Panaskan minyak secukupnya, kemudian masukkan adunan tadi menggunakan sudu sebab kita tak nak cucur kita nanti besar sangat saiznya. Gunakan api sederhana sahaja supaya cucur masak elok di dalam. Bila cucur dah jadi warna kuning keemasan, terbalikkan dan biarkan sebelah lagi masak sepenuhnya. Bila dah masak, boleh angkat dan hidangkan.
Kalau nak makan dengan anak-anak, biasanya saya akan potong dua cucur saya seperti gambar ni, lebih senang diorang nak makan. Cicah pula dengan sos cili Thai, memang sekejap je licin 3 orang tu makan. Siap puji lagi, “Sedapnya cucur mama masak, nanti mama buat lagi ye :)”. Saya suka letak banyak sayur bila masak cucur, sebab suka rasa manis dan rangup sayur tu. Saya juga suka gunakan bayam brazil berbanding sawi kerana rasanya yang kurang pahit buat anak-anak suka makan sayur. Bayam brazil ni saya tanam sendiri je kat belakang rumah, bila nak masak petik jer fresh.

 

cucur bilis lembut mudah 1

Rupa bayam brazil yang saya tanam di dalam polisterin di belakang rumah.

 

Okey, jangan lupa tau cuba resepi cucur bilis lembut dan mudah ni ye! Makan sekali, pasti nak buat lagi dan lagi.

 

Untuk info atau pesanan produk Shaklee:

Pengedar Shaklee Di Kuala Terengganu, Gong Badak, Unisza & UMT, Terengganu.

Related Post