017-423 8980 vitaminurul@gmail.com

RESEPI KIMCHI MUDAH DAN SEDAP

resepi kimchi mudah dan sedap

Bila tengok cerita Korea, selalu je terliur dengan kimchi diorang. Saya memang peminat makanan Jepun dan Korea, pantang dengar ada kedai makanan Jepun atau Korea baru buka di Terengganu ni, mesti saya akan pergi dan cuba. Maklumlah, kat Terengganu ni tak banyak pilihan macam di KL.

Pernah juga beberapa kali saya beli kimchi dari pasaraya dan seller online. Tapi rasanya kurang kena dengan selera. Ada yang terlebih masam, mungkin sebab telah lama diperam, dan kalau yang beli online bungkusan selalu pecah dan berair kerana handling pihak courier dan sifat kimchi tu sendiri yang bergas menyebabkan parcel senang meletup dan bocor.

Jadi saya mula mencari resepi kimchi dari Youtube. Rupanya mudah saja nak buat kimchi ni, bahan-bahannya pun senang dapat dan murah. Kimchi ni kalau beli yang dah siap boleh tahan harganya tau. Ada banyak versi resepi kimchi, jadi saya ambil mana yang mudah dan kena dengan selera saya. Di bawah saya kongsikan resepi kimchi mudah dan sedap yang dah lama saya gunakan untuk stok kimchi di rumah ni.

Ya, kat rumah saya memang sentiasa ada stok kimchi, sebab husband suka makan kimchi dengan Maggie kari atau ramen dan saya suka buat kimchi stew (kimchi jjigae), bimbimbap dan nasi goreng kimchi. Semua ni pengaruh kdrama la. Kami berdua memang hantu kdrama.

RESEPI KIMCHI MUDAH DAN SEDAP

Bahan-bahan:

  • 1 biji kobis panjang sederhana besar
  • 1 biji lobak merah
  • 1 biji buah pear
  • 1 genggam daun bawang
  • 1 biji bawang holland
  • 5 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • Sesudu tepung pulut
  • 2 sudu gula
  • 2 sudu sos ikan
  • Garam
  • Gochugaru (Korean chili flakes)

 

Ok, ada beberapa part kena buat untuk sediakan kimchi ni, kalau cukup semua bahan kejap je prosesnya. Let’s start!

 

PART 1 (kobis panjang)

– 1 biji kobis panjang, dibelah & dipotong ikut saiz yang korang nak. Saya belah 9 bahagian, x besar sangat dan tak kecik sangat untuk makan.

– Lumur garam pada seluruh kobis panjang tu, biarkan selama 2 jam.

– Selepas 2 jam, basuh dan bilas kobis panjang dengan air 2 @ 3 kali untuk hilangkan sisa2 air garam yang ada. Masa ni kobis panjang tu akan jadi kecut sikit.

 

resepi kimchi mudah dan sedap 1

Kita rendam dulu kobis panjang ni dalam Shaklee Basic-H, atau boleh juga guna Shaklee Dishwash. Dua-dua ni pencuci organik, selamat & berkesan untuk remove kotoran atau bahan kimia yang tertinggal pada sayur. Nanti sayur kembang fresh balik, nak masak pun semangat.

PART 2 (sayur tambahan)

Potong halus memanjang semua di bawah:

– 1 batang lobak merah

– separuh biji buah pear

– segenggam daun bawang

Nak tambah kuchai & lobak putih pun boleh.

 

PART 3 (pes kimchi)

 

A= Didihkan secawan air + sesudu tepung pulut + 2 sudu gula. Kacau hingga sebati & sejukkan.

B = Blend hancur 1 biji bawang holland, 5 biji bawang putih, 2 inci halia & separuh biji buah pear.

– Campur semua bahan A + B + 2 sudu sos ikan + 5 sudu gochugaru (korean chili flakes, kalau xde guna serbuk cili biasa, nak pedas letak lebih) & gaulkan semuanya.

resepi kimchi mudah dan sedap 3

Korean chili flakes ni boleh beli online. Kalau tak ada guna je serbuk cili biasa, tapi akan ada beza sikit rasanya. Yang ni saya beli RM15 (150 gram) 

PART 4 (penutup)

– Gaulkan sayur tambahan dengan pes kimchi, kemudian sapu rata pada setiap helai kobis panjang tadi.

– Masukkan kimchi yang telah siap ke dalam bekas & tutup rapat (sebaiknya guna bekas seramik)

– Biarkan kimchi di suhu bilik selama 1-2 hari. Apabila dah timbul buih2 di permukaan kimchi, boleh masukkan dalam chiller supaya kimchi tahan lebih lama.

 

resepi kimchi mudah dan sedap 5

Gaul kimchi tu jangan lupa pakai sarung tangan, kang seharian panas tangan tu siapa nak bertanggungjawab.

Maka siaplah kimchi kita. Kimchi ni boleh makan macam tu je as side dishes. Nak buat kimchi stew (kimchi jjigae) or nasi goreng kimchi pun sedap. Makan maggie kari pun jadi sedap sangat dengan kimchi ni.

 

resepi kimchi mudah dan sedap 4

Rupa kimchi yang dibiarkan 24 jam pada suhu bilik. Kimchi akan jadi berair, lepas 48 jam, akan timbul buih2. Lepas tu dah boleh simpan kimchi dalam chiller untuk melambatkan proses peram. So xdelah kimchi tu cepat masam. Kalau suka masam, boleh biar lama lagi kat suhu bilik.

 

Selamat mencuba! Di sini saya sediakan video resepi kimchi mudah dan sedap ni yang dah saya upload di channel youtube Vitaminurul TV. Selamat menonton dan menikmati kimchi sihat homemade anda.

 

Jom follow saya di social media:

 Facebook: Jacky Nurul Zakeyah

Instagram: @jacky_nurul_zakeyah

Youtube: Vitaminurul TV

Whatsapp: 017-423 8980

VITAMINURUL.COM
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu, Kuala Nerus & Kuala Berang, Terengganu.