Assalamualaikum semua pembaca, Selamat Hari Raya Aidil Adha saya ucapkan, selamat melakukan ibadah korban dengan ikhlas dan tawadduk. Kami sekeluarga tidak pulang beraya di kampung halaman kali ini sebab nak elakkan jam lama-lama, lagipun usia kandungan saya sudahpun masuk 37 weeks.

 

nasi-minyak-hujan-panas-1

 

Jadi untuk mengurangkan kesedihan mendengar takbir raya di tengah bandar KL ni, saya pun ambik inisiatif untuk memasak juadah yang biasa mak saya masak di hari raya Aidil Adha iaitu Nasi Minyak Hujan Panas Terengganu. Suka saya nak kongsikan resepi juadah ini dengan anda semua, alang-alang dah ambil gambar kan.

 

RESEPI NASI MINYAK HUJAN PANAS TERENGGANU

nasi-minyak-hujan-panas-terengganu

Bahan-bahannya:

  • 3.5 cawan beras basmati
  • 5 cawan air
  • 125 ml susu cair
  • 2 kiup ayam
  • 2 helai daun pandan
  • Pewarna pink, kuning & biru
  • Garam secukup rasa

Bahan untuk menumis:

  • 2 sudu minyak masak
  • 1 sudu planta/majerin
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

 

Cara-cara memasak Nasi Minyak Hujan Panas Terengganu:

nasi-minyak-hujan-panas-terengganu-1

  1. Cuci beras basmati dan rendam semalaman.
  2. Hiris nipis halia, bawang putih dan bawang besar.
  3. Panaskan minyak dan masukkan planta/majerin ke dalam periuk, tumis semua bahan untuk menumis sehingga berbau wangi.
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam, daun pandan, susu cair dan garam secukup rasa.
  6. Masak nasi sehingga masak. Tunggu sehingga nasi kering.
  7. Kemudian boleh titiskan pewarna pink, kuning dan biru di mangkuk berasingan sebelum mencampurkannya kembali di dalam periuk.
  8. Hidangkan nasi dan hiaskan dengan kismis, biji gajus dan bawang goreng.
  9. Siap! Mudah sangat kan?

 

nasi-minyak-hujan-panas-terengganu-4

Nasi minyak hujan panas Terenganu.

 

Hari ni saya pilih untuk makan nasi minyak hujan panas ni bersama ayam masak merah dan juga acar nenas dan timun. Selain lauk ni, nasi ini juga boleh dimakan bersama gulai ayam/daging serta acar nenas pedas.. Mana-mana pun sedap dan menyelerakan. Jom tengok resepi ayam masak merah dan acar nenas dan timun cara saya pula.

 

RESEPI AYAM MASAK MERAH SPECIAL

Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ayam
  • 100 ml santan
  • Air
  • 3 biji tomato (dibelah 4)
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • 1 keping asam keping (asam gelugur)

Bahan-bahan dikisar halus:

  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 15-20 tangkai cili kering direbus dan dikisar

Bahan-bahan dihiris:

  • 1 1/2 biji bawang Holland
  • 1/2 inci halia

 

Cara-cara memasak ayam masak merah special:

nasi-minyak-hujan-panas-terengganu-2

  1. Potong dan bersihkan ayam, lumurkan dengan garam dan kunyit, kemudian goreng sehingga setengah masak. Jangan digoreng garing, nanti ayam akan jadi liat.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali yang lain, tumiskan semua bahan-bahn dihiris sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan dikisar halus dan gaul rata.
  4. Masukkan cili kering yang telah dikisar, sos cili dan asam keping, tumiskan sampai pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan ayam yang sudah digoreng separuh masak tadi. Kacau rata dan biarkan seketika.
  6. Masukkan santan dan air (ikut nak kuah banyak mana)
  7. Masukkan buah tomato, gula dan garam secukup rasa.
  8. Bila semuanya dah sebati, boleh tutuo api dan hidangkan.

 

RESEPI ACAR NENAS & TIMUN

nasi-minyak-hujan-panas-terengganu-5

Bahan-bahanya:

  • 8 sudu cuka
  • 1 biji bawang Holland
  • 4 sudu besar gula
  • 4 biji cili merah
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji nenas bersaiz kecil
  • 1 batang timun

Cara-cara menyediakan acar nenas & timun:

  1. Mula-mula, buangkan kulit nenas dan timun , dan bersihkan. Kemudian hiris nipis.
  2. Hiriskan cili merah dan bawang Holland.
  3. Gaulkan semua bahan di atas bersama gula, garam dan cuka.
  4. Tidak perlu tambah air sebab nenas dan timun dah tinggi kandungan air.
  5. Letakkan dalam peti ais seketika sebelum dihidangkan.

 

Hmmm, dah lengkap juadah ala Terengganu di hari raya Aidil Adha kita. Memang sedap dimakan dengan keluarga dan tetamu yang datang beraya. Tak balik kampung pun tak la rasa sedih sangat ye tak. Selamat mencuba!

nasi-minyak-hujan-panas-terengganu-3

Nasi minyak hujan panas Terengganu, ayam masak merah special & acar nenas dan timun, sedap!

 

 *******

Oh ye, raya-raya juga, masak-masak juga, promosi special kita bulan ni jangan dilupa,

PROMOSI ESP & VITA C SEPANJANG SEPT 2016!

Promosi ESP bulan ini:

Beli 2 jimat 5%

Beli 6 FREE 1, FREE Shaklee Membership, FREE cash bonus

Promosi SR VITAMIN C bulan ini:

Beli 2 jimat 5%

Beli 6 FREE 1

**********

Shaklee Independent Distributor:
NURUL ZAKEYAH ,
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak
vitaminurul@gmail.com

Related Post