SAYA, TONSILLITIS & SUSTAINED RELEASE VITA C SHAKLEE

 

Bagi yang mengenali saya sejak sekolah, pasti tahu yang saya memang sangat senang diserang demam, batuk dan selsema kerana masalah TONSILLITIS saya. Saya alah pada aircond dan musim hujan. Habuk dan jerebu juga menyebabkan tonsillitis menyerang. Saya juga perlu pantang makan beberapa jenis makanan seperti nangka, ais krim dan ubi keladi untuk mengelakkan tekak saya sakit dan batuk menyerang. Ayah saya dan beberapa sepupu lain sudahpun menjalankan pembedahan membuang tonsil (tonsillectomy) semasa saya masih kecil akibat masalah tonsillitis mereka yang terlalu kerap menyerang. Saya juga hamper-hampir menjalani pembedahan tetapi asyik tertangguh kerana saya bersekolahdi sekolah berasrama penuh.

 

tonsilitis

Tonsil yang bengkak dan kadang-kadang tumbuh keputihan seperti nanah pada tonsil.

 

Masalah tonsillitis ini berlanjutan sehingga saya meningkat remaja. Sejuk je, pasti saya akan batuk dan demam akibat tonsil saya yang membengkak. Keadaan bertambah teruk bila masuk Kolej Matrikulasi & Universiti kerana setiap hari saya terdedah kepada aircond yang sejuk di dalam dewankuliah dalam sepanjang hari. Bayangkan dalam dewan kuliah yang besar, semua orang sedang kusyuk mendengar pensyarah bercakap di hadapan, tiba-tiba tekak saya rasa gatal yang tersangat amat dan saya dah tak mampu nak menahan batuk, lalu batuk tanpa henti sampai keluar air mata, dan semua orang tengok kat saya. Nak berlari ke pintu keluar dewan kuliah sikit punya jauh sebab kena lalu depan orang dan dewan kuliah pula luas. Ishk, malu tu tak payah cakap la, sebab benda ni bukan sekali dua berlaku, tetapi terlalu kerap.

 

Sampai saya pernah cakap kat kawan-kawan saya, saya tak boleh pergi melancong ke negara beriklim sejuk dan bersalji sebab nanti mesti saya sakit, tak tahan sejuk dan tonsil akan bengkak. Dulu-dulu, doktor selalu akan suruh saya makan lebih Vitamin C dalam makanan seharian untuk pastikan tonsil saya tak senang kena jangkitan. Biasanya bila tonsillitis saya menyerang, doctor akan bagi antibiotic, lozenges dan juga ubat kumur untuk melegakan jangkitan, dan saya akn request ubat antibiotic yang paling kuat sebab antibiotic biasa-biasa tak akan berkesan untuk saya. Pernah tonsil saya bengkak dan batuk saya berlanjutan sehingga 3 bulan lamanya, bayangkan betapa seksanya sehingga doctor mencadangkan saya untuk mengambil nebulizer di klinik setiap malam sebelum tidur.

 

Sustained Release Vita C Shaklee Jadi Penyelamat

vitamin c shaklee 1

Sejak ditemukan dengan Shaklee 4 tahun lepas, saya memang mengamalkan SUSTAINED RELEASE VITA C, 2 biji setiap hari yang juga merupakan salah satu vitamin yang terdapat dalam Set Breastfeeding Shaklee. Alhamdulillah, siapa sangka semakin lama, tonsil saya dah jarang sangat bengkak. Kesihatan saya semakin baik, Shaklee sebagai asbab penawar untuk saya, Alhamdulillah dengan kuasa Allah. Saya sudah tidak dikunjungi batuk dan demam dalam tempoh yang lama walaupun saya berterusan hamil atau menyusukan anak-anak saya dalm tempoh 4 tahun ini. Saya juga boleh enjoy melancong di negara-negara beriklim sejuk dan bersalji seperti Italy & Jepun tanpa diserang demam, batuk dan selsema. Syukur sangat dengan anugerah kesihatan yang saya miliki sekarang. Kata orang, hanya mereka yang pernah sakit akan menghargai nikmat kesihatan, betul tak.

 

Di sini saya sediakan sedikit info tentang tonsil dan tonsillitis.

 

Apa itu tonsillitis?

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut tetapi tonsil yang saya perkatakan di sini adalah Palatine tonsils iaitu tonsil di tekak. Apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsillitis atau radang tonsil.

tonsillitis 3

Tonsillitis yang telah teruk sehingga bernanah.

 

Tonsillitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

 

Antara gejala radang tonsil ialah:

Sakit tekak yang kadang-kadang teruk

Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan

Demam yang kadang-kadang sangat tinggi

Sakit kepala dan sakit-sakit badan

Suara garau atau hilang suara

Kadang-kadang ada bengkak pada leher

Mulut berbau busuk

Berdengkur waktu tidur

 

 sumber

 

Sekarang ni, kalau ada yang datang pada saya dan cakap mereka mengalami masalah tonsillitis, saya pasti akan mencadangkan Sustained Release Vita C Shaklee, 2 biji sehari dan amalkan secara konsisten. Bukan sebab saya sekarang adalah Pengedar Shaklee, tetapi kerana saya sangat memahami mereka yang ada masalah ini. Saya pernah berada di tempat mereka.

 

Antara gambar kenangan saya di Tokyo & Italy ketika musim sejuk, Alhamdulillah dapat juga saya menjejakkan kaki ke negara-negara ini dengan kesihatan yang baik tanpa masalah tonsillitis lagi.

 

tonsillitis 1

Salji di National Park Hakone Jepun.

 

tonsillitis 6

Disneyland Tokyo.

 

tonsilitis 5

Musim sejuk di Menara Condong Pisa, Italy.

 

Shaklee Independent Distributor:

NURUL ZAKEYAH ,
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak
vitaminurul@gmail.com

Related Post