Hari ibu sepatutnya wajar disambut setiap hari, tetapi berapa ramaikah dari kita yang mampu menunjukkan penghargaan kepada ibu kita setiap hari dengan hadiah dan ucapan terima kasih dan kata-kata pujian atas segala pengorbanan, jasa dan susah payah yang mereka lalui untuk membesarkan kita sehingga hari ini?
Jika kita mampu meraikan hari ibu setiap hari, Alhamdulillah, kitalah anak yang paling bertuah kerana syurga pasti tempat bagi orang-orang yang menggembirakan hati ibu. Ataupun kita boleh pilih satu hari dalam sebulan atau satu hari dalam setahun untuk menyambut hari ibu kita seperti pada ulangtahun hari jadinya atau sesuatu tarikh lain yang bermakna untuk ibu kita. Asalkan kita mengambil inisiatif untuk menghargai segala jasa ibu kita, maka tidaklah perlu sambutan hari ibu pada hari ahad kedua dalam bulan Mei setiap tahun.
Tapi bagaimana dengan kita yang tidak pernah ada inisiatif untuk mengucapkan terima kasih dan memberikan hadiah istimewa kepada ibu? Apa salahnya kita gunakan hari ini, iaitu sambutan hari ibu seluruh dunia untuk berbuat demikian. Saya tahu banyak spekulasi tentang haram menyambut hari ibu pada hari ini, tetapi setelah membaca suatu tulisan, saya bersetuju dengan penulis yang menghuraikan panjang lebar tentang hukum sambutan hari ibu ini. KLIK SINI untuk membaca kedudukan sebenar tentang sambutan hari ibu bagi yang masih was-was untuk menyambutnya. Niat saya sekadar berkongsi, semoga memberi manfaat kepada semua.
Jangan pula kerana fahaman yang tidak tepat, ibu kita jadi sedih kerana tertunggu-tunggu anak-anaknya menelefon untuk mengucapkan “Selamat Hari Ibu Mak@Ibu@Ummi@Mama@Mummy”, bukankah itu lagi melukakan hati ibu kita?
Ucapan Selamat Hari Ibu tidak semestinya datang dari seorang anak kepada ibunya sahaja, suami juga boleh memberi ucapan tersebut kepada isterinya yang telah berkorban mengandung dan melahirkan zuriat untuknya dan mengajar anak-anak untuk menggembirakan ibu dengan pemberian hadiah istimewa seperti hasil kraftangan anak-anak itu sendiri. Ucapan Selamat Hari Ibu dari teman-teman juga memberi seribu makna buat seorang wanita bergelar ibu kerana dengan hanya ucapan ringkas tersebut, hati mana yang tidak merasa dihargai.
Hari Lahir ibu saya adalah pada 9 Mei 1959. Tarikhnya memang dekat dengan sambutan hari ibu setiap tahun, oleh itu kami 3 beradik akan sama-sama mengucapkan Selamat Hari Lahir dan Selamat Hari Ibu kepada ibu kami pada tarikh tersebut dengan hadiah yang kami kongsi bersama.
Selamat Hari Lahir dan Selamat Hari Ibu buat mak tersayang.. Kami sangat bertuah kerana lahir dari perut mak, disusui dengan susu mak dan dididik dengan tangan dan kasih sayang mak..Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa dan pengorbanan mak..Berkat doa mak, kami berjaya seperti hari ini..Happy birthday mak, u r the best mom in the world!
 
Saya juga sangat bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk merasa nikmatnya bergelar Mama kepada anak perempuan saya dan juga anak saya yang bakal lahir tidak lama lagi. Sesungguhnya nikmat itu sangatlah indah dan tidak dapat dinilaikan dengan apa-apa yang ada di dunia ini..
 
Selamat Hari Ibu buat semua pembaca leonora-style.com, sesungguhnya andalah ibu yang terhebat!
Jika anda masih tercari-cari hadiah untuk diberikan kepada ibu anda, Set Kesihatan Shaklee pastinya pilihan paling bijak, untuk kesihatn dan kesejahteraan mereka.
KLIK SINI untuk cadangan vitamin untuk Kesihatan Sendi dan Tulang
Shaklee Independent Distributor:
 
NURUL ZAKEYAH , SID: 889149
leonora.firman@gmail.com
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak

Related Post