Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Selamat tahun & dekad baru 2020! Tak sangka dah masuk tahun 2020 dah kita ni, dari zaman sekolah lagi rakyat Malaysia ditanamkan dengan semangat Wawasan 2020 kan, so here we go, 2020 dah sampai! Dah ada kereta terbang belum?

 

selamat tahun baru 2020

Kalau dulu, saya selalu berangan, di mana saya pada tahun 2020? Dah berapa orang anak? Macamana life saya? So sekarang dah dapat semua jawapan untuk soalan-soalan itu. Here I am, berumur 35 tahun dengan sebuah keluarga bahagia yang dikurniakan 3 orang cahaya mata. Alhamdulillah dengan setiap pencapaian yang telah dirasai hasil susah payah mengatur langkah membina legacy Vitaminurul.com. Setiap jatuh bangun memberi 1001 pengajaran dan pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

 

Tahun baru tak akan lengkap tanpa NEW YEAR RESOLUTION LIST betul tak? Tahun 2020 saya hanya inginkan life yang lebih relax dan bermakna bersama keluarga saya Inshaallah, tolong doakan semua impian 2020 saya ini tercapai ye 🙂

 

1) Menunaikan Umrah ke Tanah Suci, YA ALLAH Kau permudahkanlah..

2) Konsisten update blog kesayangan saya ni 3 kali seminggu dan mengembangkan lagi pendapatan Shaklee saya menggunakan platform website Vitaminurul.com ini.

3) Menyertai acara larian Half Marathon 21KM & Full Marathon 42KM dan berjaya menamatkan larian dalam masa yang ditetapkan. Boleh baca kisan larian saya DI SINI.

4) Family trip i-City & Legoland

5) 0 hutang kredit kad

6) Menurunkan lagi 10 kg berat badan, pada tahun 2019 Alhamdulillah saya telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 14 kg.

 

Tahun ini anak-anak saya semuanya dah bersekolah, Eisya yang paling kecil berumur 4 tahun juga saya hantar bersekolah. Saje saya nak dedahkan dia dengan kawan-kawan baru sambil belajar perkara-perkara asas, not much expectation  tak adalah nak suruh dia terus pandai membaca tahun ni 🙂

Pagi tadi sewaktu hantar ke sekolah baru, muka Eisya macam cuak juga, maklumlah tempat baru. Tapi so far so good, cikgu Eisya ada bagi gambar dia sedang seronok bermain playdoh dengan kawan-kawan.

selamat tahun baru 2020 1

 

Sedikit tip hari pertama untuk ibu bapa yang ada anak baru masuk pra-sekolah, semoga boleh jadi panduan:

– Tanamkan lebih awal dalam diri anak betapa seronoknya bersekolah i.e. ada kawan baru, cikgu baik-baik, ada banyak mainan, cikgu masak sedap, boleh warna-warna buku, boleh pakai baju baru etc.

 

– Sediakan kelengkapan anak dengan lengkap, contohnya uniform sekolah. Jadi tidaklah anak rasa dia berbeza dari orang lain. Contohnya semua orang pakai uniform sekolah tapi dia belum ada uniform. Tips lagi sila daftar anak awal so takdelah baju habis saiz 🙂

– Hantar dan ambil anak pada masa yang tepat, jangan terlalu awal menyebabkan anak tengok tiada orang lain lagi, ataupun terlalu lambat sampai anak terlepas apa-apa aktiviti yang telah berjalan di sekolah. Waktu pulang pula, jangan biarkan anak menunggu kita terlalu lama, nanti dia sedih pula tengok ibu bapa lain dah jemput kawan-kawan dia.

– Kita sebagai ibu bapa kena tunjuk yang kita relax, jangan ibu bapa yang terlebih takut dan duk tanya anak ok ke tak sampai anak rasa ada sesuatu yang perlu dia takuti di sekolah.

– Tidak perlu tunggu anak di luar sekolah, bagi kepercayaan sepenuhnya kepada cikgu untuk mengawal anak di minggu pertama sekolah. Mereka lebih pakar menjaga emosi dan membentuk disiplin anak kita sebenarnya. Jika mereka perlukan bantuan kita, mereka akan hubungi kita.

 

selamat tahun baru 2020 2

 

All the best untuk anda semua, ketahuilah masa berlalu sangat pantas. Setahun bakal berlalu tanpa kita sedari. Jangan sia-siakan masa kita dengan perkara yang tiada faedah, sentiasalah bersangka baik, edit circle kita dengan orang-orang yang positif dan sentiasa cari peluang untuk meningkatkan diri kita tidak kira dalam apa saja bidang. Jadikan tahun 2020 tahun yang lebih produktif dan positif, Inshaallah. Kepada  anda yang berminat nak tambah income, saya boleh guide anda untuk jana pendapatan bersama Shaklee. Jika berminat boleh terus hubungi saya ye.

 

Baca juga:

Kelebihan Menjadi Ahli & Pengedar Shaklee

kelebihan-jadi-pengedar-shaklee

Untuk info atau pesanan produk Shaklee:

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu, Gong Badak & Kuala Berang, Terengganu.