set-kehamilan-shaklee

Melalui saat-saat mengandungkan si manja tersayang merupakan detik-detik yang sangat indah untuk dilalui oleh setiap ibu di dunia ini. Peluang yang dikurniakan untuk memiliki keturunan sendiri haruslah menjadi pengalaman indah dengan kesihatan dan keselesaan yang terjamin.

 

Apabila kita disahkan hamil, doktor akan menekankan tentang keperluan tambahan untuk kesihatan ibu dan juga keperluan nutrien untuk menyokong tumbesaran bayi di dalam kandungan agar kedua-dua ibu dan bayi mendapat keperluan yang cukup dan maksimum.

 

Pemakanan harian seperti biasa tidak mencukupi untuk menampung keperluan ini, oleh itu dengan kajian klinikal yang lengkap, Shaklee mencadangkan vitamin-vitamin berikut untuk diambil oleh ibu-ibu sepanjang kehamilan untuk menjamin kesihatan ibu dan bayi yang optimum.

 

 SET HAMIL SHAKLEE (OPTIMUM)set kehamilan shaklee

Terdiri daripada:

1) Vitalea multivitamin with iron formula
2) Sustained release Vitamin C @ Chewable Vitamin C
3) B Complex
4) Ostematrix
5) Energizing Soy Protein (ESP)
6) Omega Guard

 

Fungsi setiap vitamin yang dicadangkan dalam Set Kehamilan Shaklee:

 

set hamil shaklee 2

VITALEA Multivitamin dengan Formula Zat Besi:

  • Mempunyai vitamin dan galian yang sangat diperlukan oleh tubuh beserta formula lengkap dengan zat besi (iron). Vitalea mengandungi 23 jenis vitamin dan mineral termasuklah Vitamin A, B, C, D, E, Calcium, Zinc, Iron.
  • Ia membekalkan tubuh ibu dengan nutrien yang diperlukan agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga, disamping kandungan zat besi yang membantu kadar tekanan darah yang sihat untuk ibu yang sedang hamil. Kekurangan zat besi boleh membuatkan si ibu lemah,mudah pitam atau pengsan, Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

 

set hamil shaklee

SUSTAINED RELEASE VITA C:

  • Mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah.
  • Vitamin C juga bertindak sebagai anti-oksidan dan kulit ibu akan menjadi lebih cantik dan sihat.
  • Sebiji Sustained Release Vitamin C Shaklee bersamaan dengan keperluan badan iaitu 500mg, dan ianya diformulakan mengikut pelepasan masa dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita Manakala sebiji Chewable Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 100mg vitamin C.
  • Tidak mempunyai pewarna mahupun pengawet tambahan.

 

set hamil shaklee 2

B-COMPLEX:

  • Mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA dan juga penting dalam membina tenaga metabolisme.
  • B Complex juga penting untuk menguruskan tekanan dan membantu mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang.
  • B-Complex Shaklee diformulakan lengkap dengan asid folic yang merupakan keperluan yang sangat penting bagi ibu-ibu hamil. Asid folic (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.
  • Antara kepentingan asid folic:

– Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)

–  Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).

– Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.

– Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi seperti:

>> Sumbing lelangit (cleft palate)
>> Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
>> Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
>>Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

 

set hamil shaklee 3

OSTEMATRIX:

  • Membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.
  • Ostematrix didatangkan dalam tablet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
  • Ostematrix dapat mencegah kekejangan otot, sakit pinggang, lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan dan juga gigi dan gusi berdarah yang selalu dialami oleh ibu-ibu hamil.
  • Ia juga menyelesaikan masalah sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil dan membantu persediaan untuk penghasilan susu ibu yang banyak. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.
  • Sesuai diambil bagi ibu-ibu hamil yang tidak boleh minum susu ketika hamil untuk menggantikan bekalan kalsium yang diperlukan oleh tubuh ibu dan bayi.

 

set hamil shaklee 1

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP):

  • Memberi tenaga, terutama buat ibu hamil yang mengalami morning sickness yang teruk
  • Membantu persediaan penghasilan susu badan, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan bayi, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama.
  • Membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
  • Membantu pertumbuhan plasenta, uterus dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.
  • Protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3, ESP mengandungi Indeks Glisemik yang rendah dan sangat sesuai untuk mencegah masalah diabetis di kalangan ibu hamil.
  • Mencegah rasa pedih ulu hati dan gastrik yang sering dialami oleh ibu-ibu hamil terutamanya ketika berpuasa dan perut kosong.

 

set hamil shaklee 4

OMEGA GUARD:

  • Sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan, oleh itu Omega Guard sangat dicadngkan untuk diambil oleh ibu hamil pada semester ke-2 dan ke-3 kehamilan.
  • Mengandungi Omega 3, DHA dan EPA yang sangat penting untuk bembentukan otak bayi yang cerdas.
  • Membantu memecahkan lemak di dalam tubuh, secara langsung dapat mengawal kenaikan berat badan ibu ketika hamil.

 

SET KEHAMILAN SHAKLEE 2

 

Khasiat Set Hamil Shaklee:

  • Memberi tenaga tambahan untuk ibu-ibu hamil kekal bertenaga untuk melakukan tugasan harian seperti biasa.
  • Menjamin kesihatan yang optimum bagi ibu hamil dan bayi dalam kandungan.
  • Mencegah masalah-masalah yang biasa dialami oleh ibu hamil seperti berikut:

Letih dan lesu
Selalu demam dan selsema
Kejang otot dan sakit belakang
Susah tidur
Sakit gigi dan gusi berdarah
Sembelit
Kulit gelap di celah lipatan tubuh

  • Set hamil ini juga membantu badan ibu bersedia menghasilkan susu ibu yang banyak apabila sudah bersalin nanti

 

Alami pengalaman mengandungkan si manja yang sihat dan selesa dengan penggunaan Set Hamil Shaklee. Dapatkan dengan harga istimewa dari kami hari ini bersama konsultasi lengkap sepanjang kehamilan anda.

 

Testimonial pengguna-pengguna Set Kehamilan Shaklee:

Berikut antara testimonial-testimonial dari ibu-ibu yang telah merasai kebaikan dan khasiat Set Kehamilan Shaklee sepanjang tempoh kandungan mereka.

 

set kehamilan shaklee 1

“Saya baru bersalin anak ke-3… Seorang Princess yg sgt adorable….. Teringin nak berkongsi testimoni saya selepas merasai perbezaan pengalaman hamil tanpa vitamin shaklee utk 2 anak saya sebelum ini dan selepas hamil anak ke-3 dgn vitamin shaklee utk kehamilan..

Spjg preggy saya ambil vitalea, vit C, B Complex, Omega Guard dan Ostematrix since saya mmg x suka minum susu… Saya lebih bertenaga, tiada rasa loya, lebih cergas dan kulit saya semakin cantik tanpa pigmentation. Sampai la kesaat melahirkan.. Saya masih rasa sihat dan bertenaga.. Sehinggakan proses bersalin kali ni… sgt mudah dan cepat… Kalau sebelum ni, selepas keluar tanda..sakit kontraksi memakan masa 2 hari dgn bukaan serviks baru 2cm.. Tapi kali ini.. Sakit kontraksi berlaku sgt sekejap.. Sejurus smpai ke hospital.. Doc cek bukaan serviks dah 7cm.. Diusung terus ke Labour Room.. Sedang nurse & Doc buat persiapan utk sambut baby.. Saya terus saya nk meneran.. Doc cuba cek bukaan serviks.. Mmg dh 10cm.. Dgn 2X push je.. Sy selamat melahirkan baby girl yg sgt comel.. kulit baby sgt halus mulus… putih merah.. Doc pun puji.. uri cantik, luka perinium sgt minimal dan proses jahitan sgt mudah…

Baby pun sgt baik….disbbkan susu badan saya dh mula mengalir sejurus melahirkan… baby terus tido kekenyangan..”

– Pn. Hanna Hj Mohd Sani

 

set hamil shaklee 1

“Assalamualaikum..ni baby Shaklee sy..lahir 21.10.2013 dgn berat 3.5kg secara normal..sy ambil set mengandung, berpantang & menyusu..mmg terasa berbeza pengalaman mengandung & berpantang kali ni..badan rasa sihat je & baby x byk ragam, sentiasa kenyang sbb susu byk…Alhamdulillah ..

Dan yg paling bestnye…sblm mengandung berat saya 64kg…dan sekarang 49kg…Happy sgt!!! Shaklee mmg best!!!” 

– Pn. Lily Rose

 

set hamil shaklee 3

“Baby Shaklee sy yg terbaru..nur emilia irdina.(4.10kg).lahir pd 27 oct 2013..emergency cesar..2nd day dh discharge sb bb xda jaundis n luka cesar sy pun ok.hari ke4 dh boleh turun naik tangga…today dh seminggu..luka kering cantik jer…dan jahitan dh start tanggal..esp.vitalea.b komp.vit c.oste dan semestinye zinc…” 

– Pn. Rosni Ismail

 

set hamill shaklee 4

“Salam .. saja nak share pengalaman consume set kehamilan shaklee , sy pregnant anak pertama dan saya x tau perbezaan antara yg consume dan tak consume shaklee, tp mase bersalin hari tu sy kene induce, mmg senang sebab x smpi 2 jam rase sakit dah bersalin, doc dengan sister sendiri bg tau yg saya senang bersalin, nk kata rse sakit bersalin tu lagi sakit rase sembelit .. x sakit sgt la kot.. sebb klu dgr cerita kawan2 semua ngeri2, lepas bersalin nurse suruh susu kan baby. Alhamdulillah susu ade.. anak 1st org kata susu susah nak keluar tp sy ok..sambil menyusu ade nurse tu bg tau bersih anak awak.. putih.. yg ni x leh nak komen jugak sebb sy rase baby mmg keluar putih kan? Bab yg bersih tu lg la sy x tau bersih dr segi ape.. skrg ni nk bg baby menyusu pun x boleh leka takut baby tersedak, banyk kali da minum smpi trbatuk2 dia, susu laju sgt.. kesian.. dan hari ni harike 14 berpntng dan sy terus consume pulak set berpantang add on lecithin.. harap2 boleh kurus balik”

– Pn. Erin Nurdin

 

KLIK SINI untuk membaca perkongsian saya tentang pengalaman saya sendiri yang mengamalkan Set Hamil Shaklee ketika mengandungkan anak kedua saya, dan apakah perbezaan ketara yang saya rasakan berbanding dengan kandungan pertama saya tanpa mengamalkan vitamin Shaklee.

 

Untuk info lanjut atau pesanan produk Shaklee:

Sms / Whatsapp : 017-423 8980
Pm di fb : Jacky Bass (SID 889149)
Pengedar Shaklee Di Gong Badak, Unisza & UMT, Terengganu.

Related Post