017-423 8980 vitaminurul@gmail.com

shaklee untuk yang aktif bersenam 2

Kebelakangan ini, kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia sudah semakin berkembang. Dengan adanya penganjuran-penganjuran aktiviti sihat seperti fun run dan juga penglibatan public figure di dalam aktiviti berprestij seperti Ironman sedikit sebanyak telah memberi inspirasi dan kesedaran tentang seronoknya bersenam dan mengamalkan cara hidup yang sihat.

Sejak saya juga terlibat secara konsisten dalam aktiviti larian, saya sering juga ditanya tentang cara untuk memulakannya dan apakah vitamin Shaklee juga dapat membantu?

Dalam entry kali ini saya ingin kongsikan tentang produk-produk Shaklee untuk yang aktif bersenam, yang sangat-sangat membantu untuk meningkatkan prestasi dalam bersukan di samping memberikan tubuh kita nutrisi-nutrisi yang penting sebagai seorang yang aktif bergerak dan mengeluarkan peluh.

Sebagai seorang yang baru terlibat dengan larian, saya akan ceritakan dari sudut pengalaman saya sendiri, apa produk Shaklee yang saya amalkan dan apakah fungsi dan kesannya?

SEBELUM MEMULAKAN LARIAN

Sebelum mula berlari, tidak kira untuk training biasa ataupun race event, saya akan pastikan saya mengambil sedikit sarapan sebagai alas perut. Sarapan yang sesuai adalah makanan dan minuman yang mengandungi gula sebagai bekalan tenaga, contohnya  seperti 3 biji buah kurma.

Kemudian saya akan makan 3 kapsul Omega Guard dan 1 kapsul COQ-Trol Plus Shaklee, biasanya 30 minit – 1 jam sebelum memulakan larian  atau flag off.

omega-guard-shaklee

 #1 – OMEGA GUARD

Omega Guard merupakan minyak ikan yang mempunyai pelbagai fungsi yang baik untuk kesihatan. Apabila saya mengambil Omega Guard, saya akan berpeluh dengan lebih banyak apabila melalukan aktiviti senaman atau larian. Malah proses berpeluh itu berlaku sepanjang hari walaupun saya sudahpun berhenti melakukan apa-apa aktiviti.

Bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, pengambilan Omega Guard dapat membantu tubuh untuk bertindakbalas lebih cepat kepada hormon Leptin, yang berfungsi untuk mengurangkan selera makan. Omega Guard juga meningkatkan metabolisme dan membakar lemak badan yang berlebihan menjadi tenaga. Tetapi jangan lupa untuk turut menjaga pengambilan kalori harian supaya tidak berlebihan dan turut melakukan senaman yang sesuai untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Omega Guard juga membantu menjaga kesihatan sendi, yang mana merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh individu yang aktif bersenam dan bersukan. Asid lemak Omega 3 dapat larut dalam tisu rawan. Oleh itu, ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Omega 3 ini juga dapat mencegah arthritis, dan memelihara fungsi-fungsi sendi dengan efektif.

Selain itu, Omega Guard dapat menguatkan jantung kita. Omega 3 adalah nutrien utama untuk mencegah masalah pembuluh darah, menurunkan jumlah kolestrol dan mencegah kolestrol mengeras di bahagian organ dan pembuluh darah. DHA n EPA dalam Omega Guard adalah penting untuk mencegah penyakit jantung koronari. Omega 3 juga membantu menghasilkan tekanan, kepekatan, saluran dan peredaran darah yang sihat.

#2 – COQ-TROL PLUS

COQ-Trol Plus adalah salah satu supplement yang dapat memberi immediate effect. Kalau nak target pace larian yang lebih bagus, boleh ambil COQ-Trol Plus sebagai booster dalam training anda.

Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel tubuh kita. Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari.

Keistimewaan COQ-TROL Plus Shaklee adalah tambahan POLIFENOL ke dalam formulanya. Kenapa Shaklee tambahkan Polifenol bersama COQ10? POLIFENOL dapat menambah kilang tenaga dalam badan kita, manakala COQ10 pula dapat menambah pekerja dalam setiap kilang tenaga tersebut. Begitulah perumpamaannya, gandingan mantap hasil kajian saintis dan teknologi Shaklee.

shaklee untuk yang aktif bersenam

Biasanya runner digalakkan untuk memasukkan rutin long run di dalam training untuk meningkatkan kuantiti mitokondria dalam tubuh, so why not tambahkan juga COQ-Trol dalam nutrisi training anda untuk gandakan performance senaman dan larian anda.

Selain itu COQ-Trol juga membantu anda kekal bertenaga dan  menyokong gaya hidup yang aktif dan cergas. Ia juga dapat membantu menguatkan otot jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung, selain bertindak sebagai pelindung UV kepada kulit.

SEMASA LARIAN BERLANGSUNG

Semasa melakukan larian, saya akan membawa bekal Performance Drink Orange (PD) yang telah dibancuh di dalam botol air. Ini perkara wajib apabila saya training, setiap 5 km saya akan berhenti untuk minum PD yang dibawa. Biasanya ketika race event, saya akan minum PD selepas habis berlari, ini kerana biasanya race event akan menyediakan water station di sepanjang larian. Jadi saya tidak perlu lagi membawa bekal PD.

#3 – PERFORMANCE DRINK (PD)

PD sangat bagus kerana ia adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat malah kurang gula di pasaran! PD terbukti secara klinikal menghidrat lebih baik daripada air dan mempunyai lebih elektrolit berbanding minuman isotonik yang popular.

Bila minum PD, saya akan rasa kurang hauskurang penat dan lebih cergas, kerana PD mempercepatkan kadar penyerapan elektrolit dalam badan. Rasa PD memang sedap dan dapat menghilangkan dahaga.

PD merupakan salah satu produk yang Shaklee bekalkan kepada Shaklee Pure Performance Team iaitu sekumpulan atlet yang bertaraf world class yang dipilih dari pelbagai bidang sukan dan mereka ini mengamalkan Shaklee dalam menguasakan latihan dan pencapaian mereka.

shaklee untuk yang aktif bersenam 5

Untuk rekod, berikut adalah pencapaian jumlah pingat yang diraih oleh Shaklee Pure Performance Team di dalam setiap kejohanan sukan Olympic:

 

1996 – Summer Olympics di Atlanta USA (6 pingat emas)

2004 – Summer Olympics di Athens, Greece (15 pingat emas)

2006 – Winter Olympics di Turin, Italy (10 pingat)

2010 – Winter Olympics di Vancouver, Canada (22 pingat)

2012 – Summer Olympics di London (7 pingat)

2014 – Winter Olympics di Sochi, Russia (10 pingat)

2016 – Summer Olympics di Rio de Janeiro, Brazil (16 pingat)

2018 – Winter Olympics di PyeongChang, Korea (7 pingat)

Hebat bukan?

SELEPAS LARIAN

Selepas larian, sangat penting untuk saya mengambil makanan yang tinggi kandungan protein dan kalsium untuk membantu proses pemulihan otot. Biasanya saya akan minum segelas ESP yang dibancuh dengan air sejuk selepas larian. Seterusnya sebelum tidur pula saya akan makan 4 tablet Ostematrix.

esp-soy-protein

#4 – ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

Kebanyakan orang tidak dapat mengekalkan tenaga atau stamina mereka sepanjang hari lebih-lebih lagi individu yang aktif bersenam. Di hujung hari mereka akan berasa sangat letih dan lesu. ESP dapat membantu mempertingkatkan tenaga  dan stamina. Protein soya yang dihasilkan berasaskan tumbuhan membekalkan tenaga yang lebih lama.

ESP merupakan protein soya segera dengan indeks glisemik rendah, yang mengstabilkan paras gula dalam darah, membantu mengekalkan tenaga, mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama dan bermanfaat untuk mengurangkan berat badan dan mengekalkan kesihatan jangka panjang.

Untuk yang aktif bersenam dan bersukan pula, ESP dapat membantu mempercepatkan pemulihan otot, jadi muscle sore tidak berpanjangan dan otot baru yang terhasil setelah training akan lebih padat dan terbentuk cantik.

shaklee untuk yang aktif bersenam 3

#5 – OSTEMATRIX

Ostematrix diformulasikan dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zinc, kuprum, mangan dan boron untuk membantu membina kepadatan tulang. Tanpa sedar kita menggunakan bekalan kalsium di dalam badan ketika melakukan aktiviti harian lebih-lebih lagi kepada individu yang aktif bersenam dan bersukan. Jika kalsium ini tidak ditambah semula dengan pengambilan kalsium baru dari makanan harian, badan akan mula ‘mencuri’  kalsium daripada tulang dan gigi kita yang dapat mengakibatkan masalah Osteoporosis.

Pengambilan Ostematrix selepas aktiviti bersenam dan bersukan dapat menambah semula keperluan kalsium, menguatkan tulang, menghilangkan lenguh badan dan memberikan tidur yang lebih lena untuk mendapatkan rehat yang secukupnya.

SET SHAKLEE UNTUK YANG AKTIF BERSENAM

shaklee untuk yang aktif bersenam 4

 

Jadi inilah 5 produk cadangan dalam set shaklee untuk yang aktif bersenam. Anda dialu-alukan untuk menghubungi saya jika ada sebarang pertanyaan tentang set Shaklee yang dicadangkan ini. Teruskan mengamalkan cara hidup sihat dengan menjaga pemakanan, bersenam, hindari stress dan amalkan supplement mengikut keperluan tubuh anda. 

Untuk info atau pesanan produk Shaklee:

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu, Gong Badak & Kuala Berang, Terengganu.