Semalam bersempena dengan Hari Perpaduan Banjaria Court, Batu Caves, kami telah membuka booth Shaklee bersama dengan 20 pemilik booth lain yang juga merupakan penduduk Banjaria Court. Tujuan utama pembukaan booth Shaklee ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada penduduk Apartment Banjaria Court tentang kewujudan kami sebagai Shaklee Independent Distributor di sana. Selain itu kami ingin menjadi lebih visible kepada masyarakat setempat selain menjalankan bisnes Shaklee secara online.

 

shaklee banjaria court 4

 

Alhamdulillah, kami dapat berkongsi tentang kebaikan produk Shaklee untuk kesihatan sekeluarga ketika berada di booth. Beberapa Set Kulit Cantik Shaklee & Set Kehamilan Shaklee juga terjual. Tidak ketinggalan Herbal Blend Shaklee yang popular untuk merawat ruam pada kulit bayi.

 

Sangat seronok apabila mendapat respond dari pengguna-pengguna Shaklee sedia ada di sini. Antaranya bila pengusaha taska di sini bercerita beliau sudah menggunakan Shaklee semasa mengandungkan dan berpantang anak ke 5 dan ke 6 beliau. Dan sekarang anak-anak Shaklee tersebut sudahpun bekerja! Punya lah dah lama Shaklee ni memberi manfaat untuk wanita-wanita hamil & berpantang di Malaysia.

 

shaklee banjaria court 5

Selain itu, penduduk di sini juga berkongsi yang sebelum ini  mereka membeli vitamin Shaklee dari SID di lain negeri dan perlu membayar kos poslaju, tapi sekarang bila sudah tahu kami berada berdekatan mereka, order seterusnya cuma perlu call kami dan kami akan hantar sampai ke depan pintu rumah mereka!

 

shaklee banjaria court 6

 

Ramai yang mengambil peluang untuk bertanya dengan lebih lanjut tentang produk-produk yang sesuai dengan masalah kesihatan mereka, ada juga yang datang untuk survey harga produk  yang ternyata sanagt murah kerana setiap botol produk Shaklee adalah untuk 3-4 bulan penggunaan.

shaklee banjaria court 7

 

Hari Perpaduan Banjaria Court ini sangat meriah dengan penglibatan penduduk-penduduk yang datang melawat gerai-gerai jualan. Tidak lupa juga pihak urusetia turut menyediakan ais krimgoyang dan permainan giznt buble secara percuma untuk penduduk. Pada malam hari pula, terdapat acara barbecue disediakan untuk penduduk. Selain booth Shaklee kami, terdapat juga booth produk-produk lain milik penduduk Banjaria Court sendiri seperti Kangen Water, Qaseh Gold, Tamar Cocoa, booth yang menjual tudung, pakaian, makanan dan sebagainya. Alhamdulillah, nampaknya penduduk di sini memang berjiwa bisnes, sesuai sangat untuk mengukuhkan ekonomi keluarga.

 

shaklee banjaria court 8

shaklee banjaria court 9

 

 

Eleanoor dan Eidlan pun tidak melepaskan peluang untuk bermain giant buble bersama kawan-kawan mereka yang lain. Seronok sungguh mereka. Alhamdulillah sepanjang hari kami di booth, mereka memberikan kerjasama yang sangat baik. Maklumlah, banyak sangat mainan dan kawan-kawan yang mereka boleh enjoy, tak sempat bosan. Malamnya kedua-dua mereka tidur awal akibat keletihan bermain sepanjang hari.

Alhamdulillah kami mendapat peluang untuk membuka booth pada hari tersebut. Semoga kami dapat membantu memudahkan penduduk di sekitar Banjaria Court dan Batu Caves untuk mendapatkan produk-produk Shaklee dengan lebih mudah dengan harga yang isimewa. Jika anda juga berada di sekitar Banjaria Court, jangan lupa untuk mendapatkan produk-produk Shaklee dari kami. Terus hubungi kami dan kami akan hantarkan ke pintu rumah anda. Dan bagi yang berada di area yang agak jauh, anda boleh tetapkan masa dengan kami dan kami akan hantarkan di Giant Batu Caves untuk COD. Setiap hari kami juga akan membuat penghantaran melalui Poslaju ike seluruh Malaysia.

 

Shaklee Independent Distributor:

NURUL ZAKEYAH ,
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak
vitaminurul@gmail.com

Related Post