Apa itu Shaklee Master Celebration?
 
Pada hari Sabtu, 10 Mei 2014 yang lalu, Shaklee telah mengadakan satu majlis Master Celebration untuk sahabat saya a.k.a upline dan mentor saya Nadiah Suhaidi dan Amir Marzuki. Shaklee Master Celebration (MasCel) adalah suatu majlis yang diadakan oleh pihak Shaklee Malaysia untuk meraikan kenaikan pangkat tertinggi seseorang ahli dalam Shaklee iaitu Master Coordinator. Master  yang diraikan boleh memilih tarikh, hotel, tetamu yang ingin diundang dan tema majlis tersebut. Semuanya diuruskan oleh Shaklee termasuklah segala kos perbelanjaannya, Shaklee memperuntukkan RM 50,000 untuk meraikan seorang Master Coordinator di majlis Master Celebrationnya. Majlis ini khas untuk Master tersebut dan pasangannya, bukan beramai- ramai tetapi personalize dan istimewa untuk Master tersebut sahaja.. Macam majlis kahwin kali kedua pula, dulu masa kahwin pun mana mampu bayar hotel mahal-mahal seperti Pullman, Marriot, Impiana, Mandarin Oriental dll di KL ni kan. Sekarang Shaklee belanja semuanya.
Kenapa saya hadir ke majlis-majlis aura seperti ini?
Majlis bermula pada pukul 2.00 petang, tetamu dihidangkan dengan makanan tengahari hotel yang lazat secara buffet, semuanya percuma. Bermula jam 3.00 petang, majlis di dalam dewan dimulakan dengan perarakan Master-master Shaklee yang hadir dan Master Nadiah dan Master Amir yang diraikan pada hari tersebut. Kemudian diteruskan pula dengan sesi perkongsian daripada Master Nadiah dan Master Amir di pentas.
Master Amir berkongsi bagaimana beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dari syarikat Petronas dan menumpukan sepenuh perhatiannya untuk mengukuhkan bisnes Shaklee mereka di samping Master Nadiah yang menjalankan bisnes Shaklee sepenuh masa sambil menjaga anak-anak di rumah. Pada usia 29 tahun, mereka telahpun memiliki segala yang diidamkan oleh kebanyakan dari kita, TIME FREEDOM & FINANCIAL FREEDOM.
Ramai yang tidak tahu, semasa seseorang mendaftar sebagai Shaklee Independent Distributor (SID), Shaklee akn memberikan hanya 1 nombor ID untuk sepasang suami isteri. Ini adalah kerana Shaklee merupakan family bisnes, yang menggalakkan penglibatan suami dan isteri untuk menjayakannya dan bisnes ini boleh diwariskan kepada anak-nak apabila pasangan SID itu sudah tiada nanti. Dan apabila ada majlis-majlis pengiktirafan dari Shaklee kepada SID, kedua-dua nama suami dan isteri akn disebut dan dipanggil ke pentas untuk mendapat pengiktirafan dari Shaklee.
Bagi saya pastinya perkongsian yang diberikan kepada hadirin yang datang tentang rahsia kejayaan seorang Master itulah yang paling mahal sekali untuk majlis ini. No prospecting, anda tidak akan rasa terganggu dengan ajakan untuk menyertai Shaklee seperti majlis2 MLM 2 yang lain. Just datang makan, dengar perkongsian rahsia kejayaan dari Master yang diraikan dan anda akan merasa sendiri aura majlis-majlis sebegini yang sangat kuat. Anda sendiri dapat lihat apa yang Shaklee tawarkan kepada kami sebagai Shaklee Independent Distributor. Di sini juga boleh dilihat kekuatan ukhuwah yang terjalin walau hanya secara online dan kami hanya bertemu setahun sekali di majli-majlis sebegini. Majoriti ahli group kami adalah muslimah-muslimah yang berjiwa kental, yang mahu mengubah hidup kami kepada yang lebih baik tanpa perlu mengabaikan keluarga, suami dan anak-anak. Sebab itulah anda boleh lihat anak-anak juga ikut naik ke pentas bersama kami.
Dengan menghadiri majlis-majlis sebegini, mendengar sharing kisah kehidupan sebenar, bagaimana mereka nak mencapai ke puncak master membuka mata saya bahawa banyak lagi benda yang saya mampu buat utk mencabar diri saya keluar dari zone selesa saya.. Masih banyak yang boleh saya lakukan untuk membantu mereka yang mahu keluar dari belenggu masalah kewangan, low self-esteem, ingin belajar berniaga dan ingin mengubah nasib diri kepada orang yang lebih berjaya. Kepercayaan yang diletakkan kepada saya oleh semua anak cucu Shaklee saya yang kini telah mencapai 500 orang di dalam team OUR SHAKLEE RAUDHAH saya, akan saya gunakan sebaik mungkin untuk membawa mereka merasa setiap apa yang telah saya rasa dari Shaklee sekarang.
Kini, rank saya sebagai Shaklee Key Coordinator, dan saya antara anak/downline Master Nadiah yang terkuat dalam empayar Master Nadiah, hanya tinggal 2 tangga perlu saya daki iaitu Senior Key Coordinator dan kemudia saya juga akan bergelar Master Coordinator. Pelbagai keistimewaan Shaklee tawarkan kepada Master Coordinator, antara yang paling menarik ialah pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM 600,000. Financial and time freedome, itulah yang saya buru tanpa perlu mengabaikan keluarga dan hanya melakukan Shaklee di samping kerja hakiki saya dari jam 9 pagi hingga 6 petang.. Ya, saya hanya menjalankan bisnes Shaklee saya sebagai part time, tetapi pendapatan bisnes Shaklee saya sudah 4 kali ganda lebih banyak dari gaji bulanan saya. Saya percaya, Shaklee tidak pernah memaksa kami sebagai Shaklee Independent Distributor untuk sepenuh masa dengan Shaklee, negara masih  memerlukan tenaga dan kepakaran kami terutama guru, doctor, nurse, banker, polis dan sebagainya.
Anda sangat dialu-alukan untuk menyertai team OUR SHAKLEE RAUDHAH saya dan memulakan empayar Shaklee anda sendiri dibawah bimbingan saya. Support groups kami menyediakan bimbingan dari segi info bisnes, info produk  dan motivasi untuk menjadikan diri kita orang yang lebih baik untuk masa depan yang lebih cerah. Online dan offline coaching disediakan oleh support groups kami disamping kelas-kelas bimbingan bisnes dan produk dari pihak Shaklee sendiri. Offline atau online terpulang kepada keselesaan dan kesesuaian masa anda. Online support groups di FB, WhatsApp & Telegram juga disediakan. Sebab itulah sekarang surirumah, student dan pekerja fulltime di office juga boleh berjaya dengan Shaklee, jarak bukan penghalang lagi dengan adanya internet. Saya juga sudah buktikan, dengan hanya duplicate apa yang diajar di support groups online mentor-mentor saya, saya juga mampu cepat mencapai kejayaan dengan Shaklee walaupun upline saya Master Nadiah tinggal di Miri, Sarawak. Yang penting adalah kemahuan diri kita sendiri untuk berjaya dan mencapai impian kita.
KLIK SINI untuk mengetahui keistimewaan dan bagaimana menjadi Shaklee Independent Distributor di bawah team OUR SHAKLEE RAUDHAH saya hanya bermodalkan RM65.
Sertai kami hari ini!

Shaklee Independent Distributor:
 
NURUL ZAKEYAH , SID: 889149
leonora.firman@gmail.com
WhatsApp/sms: 017-423 8980
COD: KLCC, Batu Caves & Gombak

Related Post