Assalamualaikum semua. Apa khabar? Saya harap semua sihat-sihat semuanya, kerana nikmat kesihatan tu sangatlah besar. Betul tak?

 

Hari ni saya nak bercerita tentang program Sifufbads Roadtour 2017 di Terengganu yang saya sertai semalam, 22 Julai 2017. Bagi saya orang bisnes perlu selalu menghadiri seminar-seminar ilmu untuk menambah kemahiran dan pengetahuan tentang perkembangan peluang yang ada untuk bisnes saya. Semakin banyak kita belajar, kita akan rasa semakin banyak ilmu yang kita tak tahu. Kita tidak boleh terlalu selesa dengan seceduk pengetahuan yang kita ada berbanding dengan ilmu seluas lautan di luar sana.

sifufbads roadtour 2017 terengganu7

 

Speaker program Sifufbads Roadtour 2017 di Terengganu yang saya hadiri ini ialah sifu Safwan Saharim, yan juga anak jati Terengganu yang sedang bertugas di Sifufbads. Saya join seminar ini bersama 2 teman saya iaitu downline Shaklee saya dan juga sahabatnya yang memiliki bisnes pakaian. Gigih saya hantar anak-anak ke rumah mak untuk sehrian menimba ilmu. Peserta seminar merupakan individu-individu yang telah mempunyai bisnes dari pelbagai jenis produk dan servis. Tak kurang juga peserta yang hadir bagi mencari idea untuk memulakan bisnes.

 

sifufbads roadtour 2017 terengganu3

Bersama speaker Sifu Safwan Saharim.

 

Sebetulnya, ini adalah program Sifufbads yang pertama saya sertai. 2 bulan lepas, mentor saya sebenarnya telah menghadiahkan tiket seminar Sifufbads The Missing Chapter yang bakal diadakan di Shah Alam pada 5 Ogos ini. Kebetulan pula lepas saya dapat hadiah tu, saya diajak oleh downline Shaklee saya untuk join Sifufbads Roadtour ni pula. Harga tiketnya tidaklah mahal mana, cuma RM60 untuk early bird dan pembelian kombo 3 tiket, so why not kan?

 

sifufbads roadtour 2017 terengganu5

 

Seramai 600 orang peserta seminar memenuhi Dewan Kenanga di Terengganu Equestrian Resort Kuala Ibai ini. Kata speaker, sambutan di Terengganu adalah yang paling ramai yang menyebabkan CEO Sifufbads sendiri iaitu Sifu Jamal turut membuat kejutan dengan turut sama turun padang ke Terengganu. Sifu Jamal memberikan 1 slot khas selama sejam lebih kepada kami peserta Terengganu. Sifu Jamal sanggup fly pagi tu dari KL dan fly balik KL semula lepas tu, terharu orang-orang Terengganu 🙂

 

sifufbads roadtour 2017 terengganu6

Sifu Jamal yang membuat penampilan istimewa di sifufbads Roadtour 2017 Terengganu.

 

Seminar yang bermula pada jam 8.30 pagi ini berlangsung sehingga jam 7.00 petang. Terdapat 5 chapter yang kami pelajari dari Sifu Safwan iaitu:

  • The Yuniq Factor
  • The Secret of Woren Technique
  • Copywriting Mastery
  • FB Ads Hand Combat
  • Sifufbads Math Formula

 

Ilmu yang disampaikan memang terbaik, membuatkan kita dapat menjana idea untuk bisnes masing-masing. Walaupun ada di antara pengisian yang telahpun saya ketahui sebelum ini, tapi ilmu yang diulang-ulang pasti dapat diupgrade dengan cetusan idea yang lebih baik dan contoh-contoh yang lebih jelas.

 

Selain membawa pulang work book yang dberi, saya turut membeli buku Bagaimana Buat Bisnes Dari Planet Neptun keluaran sifufbads sebagai rujukan di rumah nanti.

sifufbads roadtour 2017 terengganu1

Sebelum balik, kenalah posing dulu sebagai kenangan 🙂

 

Sebelum balik, saya diminta untuk ditemuramah untuk berkongsi pendapat saya tentang seminar Sifufbads Roadtour 2017 di Terengganu ini. Overall, seminar ini memang best dan penuh pengisian. Bagi kawan-kawan yang ada bisnes, saya memang recommend korang untuk hadir ke mana-mana seminar anjuran Sifufbads. Seminarnya bukan saja mengajar bagaimana nak buat FB Ads, tapi juga speaker akan turut sama berkongsi idea-idea yang dapat kita apply dalam bisnes kita nanti.

 

sifufbads roadtour 2017 terengganu4

Sempat berkongsi testimoni seminar Sifufbads.

Semoga seminar Sifufbads Roadtour 2017 di Terengganu ini dapat memajukan lagi bisnes Shaklee saya, dan saya tak sabar nak sampaikan ilmu-ilmu ini kepada team RAUDHAH saya.

 

Untuk info lanjut atau pesanan produk Shaklee:

Sms / Whatsapp : 017-423 8980
Pm di fb : Jacky Bass (SID 889149)
Pengedar Shaklee Di Gong Badak, Unisza & UMT, Terengganu.

Related Post