Sudah 8 bulan rupanya saya menggunakan YOUTH skincare sejak YOUTH dilancarkan April lalu oleh Shaklee. Kali ini saya nak kongsikan perubahan kulit wajah yang saya sendiri dapat setelah konsisten menggunakan YOUTH. Mesti anda nak tahu best ke tak YOUTH ni since semua orang duk bercakap pasal skincare beyond organic keluaran Shaklee ini.

 

testimonial youth shaklee 4

 

Sejujurnya, sejak tahun lepas saya memang tercari-cari satu jenama skincare yang ada set penjagaan lengkap untuk wajah since masa tu Shaklee dah discontinue skincare Nutriwhite. Saya juga tidak pernah amalkan sebarang serum atau night cream sebelum ini, jadi memang langkah penjagaan wajah saya masih belum lengkap.

Saya mencari jenama skincare yang dipercayai dan meyakinkan untuk saya gunakan secara disiplin. Sejak umur pun dah 30-an ni, dah timbul lah kesedaran nak menjaga kulit dengan betul, nak kekal awet muda kalau boleh. Jadi saya mulakan research sikit-sikit tentang jenama-jenama yang organik yang ada di pasaran dan harganya. Untuk pengetahuan, skincare yang diiktiraf organik, harganya memang agak mahal untuk satu set lengkap. Maklumlah bukan senang nak dapat pengiktirafan organik ni lebih-lebih lagi jika brand yang memang terkenal dan diyakini.

testimonial youth shaklee 4

 

Tiba-tiba pada April 2018 Shaklee umumkan yang Shaklee akan keluarkan rangkaian skincare terbaru yang telah dikaji selama 8 tahun! Berbunga-bunga rasa hati, tapi berdebar juga nak tunggu berapa harga dia. Maklumlah harga skincare yang organik tak mungkin murah! Bila Shaklee mula bercerita tentang kehebatan dan keputusan ujian klinikal yang dilakukan, saya benar-benar rasa yang saya dah dapat jawapan kepada pencarian skincare yang saya nak selama ini.

Dan yang penting sekali, harganya sangat mampu milik! Sebab saya dah survey macam-macam brand kan, so saya tahu benchmark harga skincare organik di pasaran. Tanpa fikir panjang saya terus pre-order 1 set YOUTH masa launching tu 🙂

Alang-alang nak bermula dengan skincare baru, saya ambil gambar sebelum bermula dan progress kulit wajah saya setiap bulan. Saya siap pergi buat skin analysis di spa lagi sebelum start pakai YOUTH, punya lah nak measure kesan skincare ni. Maklumlah bila Shaklee cakap setelah 8 tahun mengkaji barulah Shaklee launch YOUTH ni, siapa yang tak teruja kan. 8 tahun kot saintis buat, lama tu!

Seriously pelaburan untuk YOUTH sangat berbaloi! Since first day saya gunakan YOUTH, saya tahu betapa bestnye skincare Shaklee ni. Sangat lembut pada kulit dan menyegarkan. Guna sekali pun dah dapat rasa tau! Berikut progress kulit wajah saya sebelum menggunakan YOUTH sehingga kini, semua gambar diambil tanpa mengenakan apa-apa make-up, tidak menggunakan apa-apa filter camera dan di ambil di bawah cahaya matahari semulajadi pada waktu yang sama setiap kali.

 

= ME BEFORE YOU-TH = ♥️

Sebelum menggunakan YOUTH Skincare Shaklee, MAC 2018

 

testimonial youth shaklee

 

testimonial youth shaklee before

 

Before YOUTH: Mar 2018

1) Jerawat merah silih berganti, surut satu tumbuh lagi satu yang baru.

2) Parut bekas jerawat yang dah merata-rata memenuhi kulit wajah.

3) Muka agak berminyak, jika nak keluar memang wajib pakai bedak nak cover minyak tak bagi muka berkilat sangat.

4) Jeragat pada kulit jelas kelihatan.

 

 

= Setelah sebulan menggunakan YOUTH Skincare, APRIL 2018 =

testimonial youth shaklee during 2

testimonial youth shaklee during

Sebulan menggunakan YOUTH: APRIL 2018

 

1) Jerawat sudah jarang tumbuh.

2) Bekas jerawat mula mengering.

 

 

= Setelah 8  bulan menggunakan YOUTH, NOVEMBER 2018 =

testimonial youth shaklee 2

testimonial youth shaklee after

NOW with YOUTH, setelah 8 bulan penggunaan.

1) Tiada lagi jerawat, seriously happy giler! Jarang sangat jerawat tumbuh kecuali masa tengah period adalah sesat satu dua ketul jerawat.

2) Parut jerawat lama almost hilang. Dah tiada bekas jerawat merah-merah atau gelap.

3) Muka sudah tidak berminyak, keluar rumah tak pakai bedak pun yakin je. Kulit semakin lembut & firm.

4) Jeragat samar-samar dah, tak jelas sangat macam dulu. Saya tahu jeragat ni memang skin problem yang paling mencabar, so kena teruskan ber-YOUTH.

 

 

testimonial youth shaklee during 3

testimonial youth shaklee 1

Boleh nampak kan perbezaan ketara?

Bila diri sendiri dah alami perubahan best macam ni, lagi excited saya nak share dengan korang semua tentang kebaikan YOUTH Skincare Shaklee ni. Saya memang recommend sangat-sangat YOUTH pada anda yang ada masalah kulit wajah seperti saya. Boleh beli 1 set terus untuk penjimatan atau boleh beli satu-satu by item, harga YOUTH memang mampu milik compare dengan skincare organik lain di pasaran yang kesan so so je.

Lepas ni saya akan kongsikan banyak lagi testimonial-testimonial menarik YOUTH Skincare yang telah membantu pelbagai masalah kulit wajah ramai penggunanya. So stay tune ye 🙂 Untuk sebarang pertanyaan tentang testimonial YOUTH Shaklee, anda boleh hubungi saya dengan klik butang di bawah.

 

 

Baca juga:

Kenapa Skincare YOUTH Shaklee antara yang terbaik di pasaran.

Kelebihan Skincare YOUTH Shaklee

Untuk info atau pesanan produk Shaklee:

 

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu, Gong Badak & Kuala Berang, Terengganu.