017-423 8980 vitaminurul@gmail.com

TIPS JOGGING SECARA KONSISTEN

Ramai yang tanya saya macam mana saya boleh kekal berdisiplin untuk keluar berlari setiap hari. Tak rasa malas ke? Tak rasa letih ke? How to keep the momentum? Setiap perkara atas dunia ni, pada proses permulaannya pasti bukan mudah. Macam-macam cabaran datang untuk membentuk suatu tabiat ataupun habit. Hakikatnya, setiap habit memerlukan konsistensi yang lama dan disiplin yang kuat.

Saya kongsikan tip larian untuk beginner ini hasil dari pengalaman sendiri. Ini apa yang saya buat ketika mula-mula terjebak dengan aktiviti berlari, dari seorang yang bersaiz XL yang berjalan kaki sekejap pun mengah, sehingga menjadi pencinta larian dan bertukar ke saiz M dan mampu berlari tanpa henti sejauh 31.8 KM (rekod peribadi terjauh saya).

HOW TO MAKE RUNNING A HABIT?

Tips paling penting, ” 21/90 rule : Commit to a goal for 21 straight days then that goal should become a habit. Once you’ve established that habit, you continue to do it for another 90 days.” Pernah dengar? Inilah yang saya pegang masa nekad nak mula lari dulu!

Bermula dengan 30 MINIT SLOW JOG TANPA HENTI, SELAMA 21 HARI. Tak ponteng walau sehari pun tau. Pace & distance buang tepi. Tak kisahlah la nak lari kat mana, treadmill/keliling rumah/trek/taman dll. Kalau busy pagi, saya lari petang, kalau petang pun busy, saya akan keluar berlari malam.

30 minit slow jog/leha-leha/niko-niko run ni maknanya masa lari tu korang masih boleh bersembang & bercakap sambil lari tu, takde mengah melampau. Jangan korang pecut pulak, relax je. Awal-wal dulu 30 minit tu saya dapatlah 2 km ++. Ok la tu, yang penting disiplin & konsisten buat setiap hari kan.

Tak dan 21 hari aih, hati dah rasa tak best kalau hari tu belum lari. Macam drugs tau tak. Bila nampak orang tengah lari, rasa jeles yang amat haha. Tiap hari nak jugak lari kejap. Dan saya berjaya teruskan sehingga 90 hari. Masa ni berat badan dah banyak turun. Baju-baju semua dah start longgar. Lagilah kuat semangat nak meneruskan misi larian tu.

Korang try lah. Sebenarnya benda yang paling susah nak buat dalam tempoh ni adalah nak sarung kasut, godaan nak golek-golek tengok TV kat rumah tu ya ampun kuatnya. Tapi once korang dah pakai kasut dan start, dah beres dah. Saya harap tips jogging secara konsisten yang mudah ini dapat beri idea pada korang yang sedang belajar menyukai sukan jogging atau larian. Keep running!

 

 

Jom follow saya di social media:

 Facebook: Jacky Nurul Zakeyah

Instagram: @jacky_nurul_zakeyah

Youtube: Vitaminurul TV

Whatsapp: 017-423 8980

VITAMINURUL.COM
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu, Kuala Nerus & Kuala Berang, Terengganu.